10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA. - Eiza GreenAppleKu

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA.


Kredit to GOOGLE

GreenAppleKu : Sumber artikel yang di perolehi dari rakan facebook saya. Rasanya cukuplah 10 nasihat yang diberikan sebab belum tentu yang 10 ini pun kita nak ikut dan amalkan. Salam ceria untuk semua.


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿


4 ulasan

BeloG MTT berkata...

Cinta yang di cari pastikan pergi,cinta yang datang sendiri pasti kekal abadi.. toinkkk toinkkk !:D

Zul Fattah berkata...

cinta kpda Ilahi adalah cinta yg satu.. itu yg kekal kan?

Nora Shahaira berkata...

owh..ni memang tips untuk mereka yang bercinta..nora masih bercinta..tapi cinta yang lebih indah dengan ikatan dengan nama Allah..alhamdulillah..

sizuka berkata...

thanks for sharing. sharing is caring aitee,,

smoga kita semua menjaga adab ketika bercinta, ameen,,

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.