My Instagram

RAMAI ORANG YANG PUNYA AKAL TETAPI MALANGNYA "TIDAK BERAKAL"




Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu ialah pelita bagi hati.

Kekadang dia tidak punya kelulusan atau jawatan yang tinggi. Namun body language – bahasa badannya (yang lebih jujur dan asli) – memancarkan cahaya keyakinan, keikhlasan dan kematangan. Jika orang lain hanya menyampaikan ilmu, tetapi dia menyampaikan hikmah. Pada saya mereka inilah ‘orang-orang kecil’ yang begitu besar dalam arena pendidikan.

Memang ada ilmu yang tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Guru yang sebegini selalunya bukan mengajar dengan huruf dan angka tetapi dengan gerak hati dan rasa. Mereka hanya mengamalkan apa yang mereka tahu. Dan ‘murid-murid’ tidak rasminya belajar daripada teladan yang dapat dilihat. Bukan dengan mendengar, menulis atau membaca. Dewan kuliahnya luas, seluas bidang kehidupan. Ketika para profesor atau doktor mendefinasikan, mencirikan dan mengupas ilmu rumah tangga secara ilmiah, mereka secara ‘simple’ menyampaikan ilmu itu secara amaliah.

Rajin-rajinkanlah menajam pandangan mata hati untuk mencari orang yang begini. Kehidupan mereka adakalanya sungguh sederhana tetapi sangat bahagia. Kejernihan wajah mengukir senyuman menjadikan kita tertanya-tanya apakah rahsia ketenangan mereka. Orang sibuk membeli katil dan tilam empuk, mereka puas dengan tidur yang lena. Orang lain sibuk dengan makanan lazat dan berzat, resipi itu dan ini, mereka makan seadanya tetapi sungguh berselera. Mereka punya ‘harta’ yang tidak akan dapat dirompak. Mereka juga punya kekayaan yang tidak mengundang caci-maki dan hasad dengki manusia.



GreenAppleKu : Pagi jumaat yang penuh berkat ini di mulakan dengan hujan rahmat di subuh hening yang mendinginkan bumi yang semakin panas. Panas dengan mereka yang tersasar pegangan agama Islamnya. Seolah-olah tidak dapat membezakan yang mana haram dan yang mana halal. Semuanya di satukan menjadi "rojak buah". 

Manusia menjadi semakin rakus mengejar sesuatu yang tidak ada faedahnya. Mungkin nikmat manisnya dapat di kecapi namun sedarkah mereka ianya tidak bererti apa-apa di akhirat kelak?

Bermonolog pula saya di hari jumaat. Haha. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan menatap blog picisan saya ini. Kesibukkan tugasan harian membataskan saya untuk melakukan kunjung balas ke blog rakan seblogger yang lain. Insyaallah, saya akan usaha mencari waktu yang terluang itu.


4 ulasan

gadisBunga berkata...

bahaya kalau ada akal tapi tak guna ni.

takut jatuh standard jadi makhluk lain kang.

tapi kalau cakap ramai pulak melenting, ye dak? :D

aimaniman berkata...

betul dik, semakin ramai manusia yang berotak tetapi seolah2 macam x berotak pun.. paling mudah kat sekolah, dah kata p sekolah, kenapa la p tawaf sekolah? kalau nak buat umrah ke haji ke, bukan kat sekolah!.. so x guna otak la tu, pesongkan tujuan ke sekolah kan...

KaK LimAh Si SupiR berkata...

syok laa bace blog ni ^_^

delarocha berkata...

rojak buah itu sedap.