"Ooi! Lan! Apa dok khayal tu?" Husin menyapa Roslan dari belakang.

"Oh! Engkau Sin. Husin, agak-agak laaa, boleh tak famili aku nanti jadi macam tuu..." Tanya Rahman sambil menunding ke arah sepasang suami isteri bersama tiga orang anak bermain-main mesra di taman.

"Ahh, boleh, apasal pulak tak boleh, tapi ada syarat!"

"Syarat apa lak?" Tanya Roslan

"Syaratnya kau kena laa rajin gi surau, he he he," jawab Husin separuh bergurau.

"Apa pulak kaitan, dengan surau?"

"Macam nih, kau kena ingat, kalau kita nak minum air, kita kena cari sumber air. Jadi kalau kita nak bahagia kita kena cari sumber kebahagiaan tu," jelas Husin

"Sumber kebahagiaan tu mestilah agama!" sambung Husin. "Kalau agama out, famili pun jadi out."

"Oooo, aku faham. Jadi kena pi surau untuk hayati agama, pastu baru dapat sumber kebahagiaan," balas Roslan.

Memang tak boleh dinafikan, perkahwinan mithali perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam. Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan. Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-30 yang bermaksud :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

sumber : i luv islam

Nota : Salam jumaat buat semua. Semoga artikel ini ada manfaat yang boleh kita kongsikan bersama. 



3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama