My Instagram

KISAH MASYARAKAT : ISTERI SELAMAT MELAHIRKAN ANAK SETELAH 4 BULAN BERKAHWIN.


Segmen baru di GreenAppleKu dot com. Kisah masyarakat merupakan salah satu segmen yang akan terselit jika ada kisah masyarakat yang saya dengar dan saya terbaca kemudian saya share dengan semua untuk di jadikan ikhtibar dan panduan semoga kita semua akan lebih berhati-hati dan berfikir sebelum bertindak.

Petang raya, selepas semua sanak saudara berangkat pulang kekenyangan santap 'mee kari', tetiba makcik Kathy di rundung duka. Sehelai demi sehelai tisu menjadi mangsa untuk mengesat air mata yang mengalir.

" Makcik, apa yang sedih sangat nih. Pedas ker mee kari tu ?" tanya Lisa penuh prihatin. Tapi setahu Lisa, mee karinya tak lah pedas. Just nice.

" Makcik tension Lisa. Pening dah makcik fikirkan masalah si Zack tu. Rasa kesian pula makcik bila mengenangkan Zack."

" Alah, apa susah makcik, kalau makcik rasa rindu pada Zack, call aje. Dia tak balik beraya ker tahun nih makcik ?"

" Nak balik camna Lisa, isteri dia baru lepas bersalin. "

Berubah air muka Lisa, barulah Lisa dapat merasa masalah yang sedang di tanggung oleh makcik Kathy. Walaupun bukan 100%, 5% pun sudah cukup buat jantung Lisa berdegup kencang. Biar betul, kalau tak silap perkiraan aku nih, Zack baru empat bulan mendirikan rumah tangga. Apakah ?

" Ini semua salah makcik Lisa. Makcik yang berkenan sangat dengan Maya, isteri Zack tu. Budak tu makcik tengok baik orangnya, lemah lembut, budi pekerti pun manis. Anak orang baik-baik. Sejuk mata orang tua memandang.

Patutlah cepat sangat mereka nak jodohkan anak mereka dengan Zack. Bertunang seminggu lepas tu terus nak buat akad nikah. Walaupun Zack menolak sebab pada masa itu Zack telah punya pilihan hati namun akhirnya Zack setuju dengan pilihan makcik. Zack memang seorang anak yang baik.

Itulah yang buat makcik rasa bersalah sangat pada Zack. "

" Emm, dulu kenapa makcik tak suka dengan pilihan Zack tu. Apa yang tidak kena?" tanya Lisa.

" Zack berkawan dengan janda anak dua Lisa. Janda tu pun baik orangnya. Tapi tulah, makcik malu kalau-kalau orang kata, anak teruna makcik tak laku. Sebab tu pilih janda. Bila di perkenalkan Maya oleh seorang kenalan makcik, makcik terus suka. Anak seorang Ustaz. Anak dara pula tu. 

Tapi tu lah, kalaulah makcik tahu begini jadinya, lebih baik makcik pilih janda yang memang kita telah maklum akan statusnya dari pilih anak dara yang rupanya..... huhuhu..." tangisan makcik Kathy penuh kesalan. 

GreenAppleKu : Kes ini sedang di rujuk di mahkamah syariah. Banyak perkara yang perlu di perbetulkan. Apa status perkahwinan Zack dan Maya kerana mereka berkahwin semasa Maya sedang mengandung. Status anak yang di lahirkan Maya.

Moga menjadi panduan buat semua. Jangan menganiaya orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. Makin besar masalah yang sedang di tanggung hanya kerana kesilapan Maya tidak berterus terang dengan Zack. 


11 ulasan:

  1. Wallahua'llam..
    macam mana la kes ni boleh terjadi..
    itula mak.. slalu tak dngar kata ank2..

    BalasPadam
  2. em..gayanya mcm keluarga sipermpuan tau.. kalau ayhnya ustaz, kenpa di buat main2 bnda2 mcm ni? sebb tkut malu ke jd dikawinkan anaknya cept2?
    semoga anak2 dan sedara2 kita dijauhkan dari perkara macam ni

    BalasPadam
  3. @ abah khalisha, memang kesian kat Zack kerana menjadi mangsa keadaan. Kes naya.

    BalasPadam
  4. @ Zul Fattah, emakayah kena lebih berhati-hati dlm bab pilih calon menantu nih. Kena selidik habis habisan kerana IMAN tidak dpt di warisi.

    BalasPadam
  5. @ kotak bulat, mungkin kerana MALU. Iyalah nanti org kata : Bapa Ustaz tapi perangai anak... Sokong dgn komen awak cik kotak bulat. Perkara ini tidak boleh di buat main-main. Tidak boleh di ambil mudah. Rosak satu keturunan dan semakin bertambah besar dosa yang di tanggung.

    BalasPadam
  6. MasyaAllah..sian Zack..mgkn silap maknya jugak..sbb pd awlnye dia tngk background "janda" 2 mcm hina..last2x terkena balik..

    BalasPadam
  7. @ Najah SHakiLa, mungkin juga. Jangan memandang hina pada yang lain. Risau kita akan rasa kita lebih baik dari mereka dan lebih parah risau kita jadi riak pula.

    BalasPadam
  8. orang bujang memang tak boleh kawen dgn janda ada anak eh?
    teruk sgtke kalau kawen pun?
    huhu

    BalasPadam
  9. @ una berry, kalau ikut dari agama, tiada pantang larangnya UNA, tapi kalau ikut dari segi cakap2 mulut org yg entah apa2 tahap pemikiran mereka ni, ada saja tak kena pada mereka. Macamlah suatu hari nanti, pasangan mereka tu tak meninggal dunia dan mereka tak akan jadi janda. :)

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!