JIKA TAK NAK KECEWA, JANGAN TERLALU MENGHARAP.


Hujung minggu tiba lagi. Waktu cuti inilah, waktu untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan insan-insan yang kita sayangi. Mana ada orang mengambil kesempatan ini untuk meluangkan waktu bersama musuh kan. Haha.

Kata orang, rakan untuk bergelak ketawa, untuk bersuka ria, memang senang dan mudah kita temui. Tetapi amat sedikit untuk kita bertemu dan mempercayai rakan yang sanggup menemani kita di saat kita berada didalam konflik jiwa yang sedih. Jika ada yang sudi mendengar, mungkin setakat mendengar. Tiada sebarang cadangan yang di lontarkan untuk mengurangkan sedikit bebanan yang di tanggung.

Sejak kebelakangan ini, banyak berita sedih yang saya terima di dalam facebook saya dari mereka yang bergelar sahabat. Semua mereka yang tersenarai di dalam 'friends list' saya, adalah sahabat saya. Ada pelbagai masalah yang di lontarkan. Ada masalah kehilangan cinta, ada masalah bertemu cinta, ada masalah rasa hilang semangat, ada masalah cinta tiga segi dan banyak lagi.

Semuanya memerlukan seseorang untuk mengembalikan semula pemikiran dan semangat mereka seperti sediakala atau dengan bahasa lain ;back to normal'. Setiap masalah yang terjadi, ianya telah terjadi. Tiada faedahnya untuk kita terus meratapi mahupun menyesali. Sebaiknya, anggaplah ujian yang hadir itu sebagai penambah baikkan untuk diri sendiri agar kita lebih berhati-hati, lebih serius dan lebih 'alert' untuk menjalani kehidupan di masa akan datang.

Kata-kata semangat yang saya petik dari rakan facebook saya,

''Jangan memberi harapan pada setiap perkara yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai ,Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti kecewa kan sendiri, sebaliknya, gantunglah segenap harapan kepada ''YANG MAHA MEMBERI'', nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi, kerana للّهُ" mendengar pengharapanmu setiap kali dan للّهُ" menunaikannya dengan cara-NYA tersendiri sehingga keindahan itu datang pada waktunya...''

Nota : Osh Kosh, terima kasih ya. :)



2 ulasan:

  1. ye betol..setuju sgt..pasti kecewa kalo perkara yg terlalu diharapakn tidak kesampaian..berharaplahh padaNya..ALLAH SWT pasti xakan kecewakan hambaNya ^_^

    BalasPadam
  2. aku stuju .. langit tak slalunye cerah.. dan begitulah kehidupan kita...
    redha dan berusaha utk dkat kpdanye.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!