JEREBU, SOS DNA BABI DAN CINTA - Eiza GreenAppleKu

JEREBU, SOS DNA BABI DAN CINTA





JEREBU DI UTARA
Entah sampai bila isu jerebu ini akan selesai. Rasanya sebelum hari raya aidilfitri, beberapa negeri di utara telah di landa jerebu. Dan kini sekali lagi, Malaysia di landa jerebu dek kerana aktiviti pembakaran terbuka yang sedang giat berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia. 

Tension melalui rutin harian ketika jerebu melanda ni. Tahap penglihatan menjadi terhad. Udara yang di sedut tidaklah segar dan lebih banyak kepada mengundang penyakit sakit tekak. Syukur Allahswt masih menurunkan hujan pada sebelah malam di beberapa kawasan utara Malaysia. Menyejukkan muka bumi ini.

Bila tiba siang hari, terutama lebih kurang jam 1tgh keadaan menjadi semakin tidak selesa. Rasa seperti hendak berkurung sahaja dalam pejabat. 


SOS MENGANDUNGI DNA BABI! (klik untuk berita penuh)
Ini satu lagi masalah yang tidak pernah selesai. Jika tidak memasukkan DNA babi ke dalam makanan dan minuman, tidak sedapkah produk tersebut? Tidak habis-habis menganiaya pengguna Islam.

Pesanan buat yang beragama Islam tidak kiralah anda berketurunan Melayu, Cina, India atau lain-lain, semak logo halal pada produk yang kita hendak beli atau makan. Tak der logo halal yang sah, jangan beli dan makan!



CINTA
Rasa cinta yang hadir dan ada dalam setiap diri manusia adalah anugerah dari Allahswt. Jangan salah gunakan rasa tersebut untuk menghalalkan perkara yang telah di haramkan dalam agama. 

Ikut sahaja apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam agama Islam. Insyaallah selamat hidup anda, dunia dan akhirat. Buat yang telah tersalah langkah, masih belum terlambat untuk 'u turn' ke pangkal jalan.

Segala artikel cinta, nota cinta mahupun komen tentang cinta adalah dari pengalaman sahabat, rakan blogger, rakan fb, rakan sepejabat, rakan seperkolahan, sedutan drama, sedutan filem hatta bersumberkan majalah dan novel. Bukan melambangkan tuan blog ini sedang bercinta atau dilanda masalah cinta yer. :)

Ada 1001 masalah cinta yang di hadapi oleh mereka yang sedang bercinta. Ada yang bahagia, ada yang tengah suam-suam kuku, ada yang baru nak bercinta, ada yang telah berkali-kali bercinta dan ada yang masih mencari cinta. 

Ada pelbagai kisah mereka dan apa salahnya dijadikan panduan dan tips buat mereka yang blurr bab cinta. 








2 ulasan

KaK LimAh Si SupiR berkata...

jage dri elok2 tyme2 jerebu ni..byk minum air masak kalo sakit tekak

ya..dna babi d mane2..perlu lbih hati2 tyme nk bli

cinta adlh nikmat :)

GreenAppleKu.com berkata...

@ KaK LimAh Si SupiR , TQ kak limah. : )

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.