My Instagram

DAYA TARIKAN WANITA MENURUT LELAKI YANG BUDIMAN


GreenAppleKu : Seperti biasa, sepatah dua kata dari saya sebelum anda teruskan membaca artikel kali ini. Komen saya, this artikel is awesome!
Dr. Juanda.com, semua artikel anda memang terbaik. Anda tak percaya? Jom baca hingga habis artikel ini. 

SALAM CERIA SEMUA... (TQ EN. GOOGLE 4 THIS PICTURE.)

Lambat mendapat jodoh? Gagal dalam hubungan percintaan? Bagi seorang isteri pula merasa kurang perhatian dan belaian suami. Keadaan sebegini berpunca dari lemahnya pengetahuan wanita tentang apa sebenarnya yang lelaki suka dan idamkan dari peribadi wanita itu sendiri. Orang yang telah berumahtangga sepuluh tahun sepatutnya lebih peka dan sensitif terhadap pasangannya tetapi banyak berlaku sebaliknya. Malu menunjukkan perhatian, sentuhan dan belaian serta ia jarang ditonjolkan kerana sibuk dengan urusan rumahtangga, anak-anak dan hal mencari nafkah. Perkahwinan mereka menjadi hambar dan kurang kepanasannya. Rutin harian yang dilakukan semakin menjejaskan suasana romantik dalam perhubungan suami dan isteri.

Wanita yang sedang mencari pasangan pula lain ceritanya. Ada yang sanggup mengeluarkan wang ringgit yang banyak untuk membaiki imej dan penampilan diri. Salon-salon kecantikan menjadi langganan. Butik-butik pakaian dan perhiasan menjadi tempat lepak yang amat diminati. Tetapi kekasih yang dinanti silih berganti datang dan pergi semuanya tak lekat di hati. Mengapa keadaan ini berlaku? Apa sebenarnya daya tarikan wanita yang membuat lelaki tak bosan berdampingan dengannya?

1. Budi bahasa dari jiwa.
Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah ia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau setidak-tidaknya tahu hal dunia hari ini? Atau adakah ia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap dipandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.

2. Make-up yang memikat.
Jangan salah tafsir tentang make-up! Yang dimaksudkan di sini adalah air sembahyang untuk pembersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan melentikkannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat. Manakala pemerah bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan. Dijamin lelaki yang beriman amat meminati wanita seperti ini.

3. Busana takwa.
Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertahtakan permata-permata berkilauan. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Quran dengan pakaian dan perhiasannya. Tetapi kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita saat ini amat membimbangkan. Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki. Adakah mereka terfikir bahawa sebenarnya lelaki amat kuat cemburu? Mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka dipegang dan dilihat sesuka hati sesiapa jua. Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadian yang sesungguhnya dan tersirat tabiat si pemakainya.

4. Superwoman.
Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknya suka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan. Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecantikan paras muka yang semakin lama semakin pudar dimakan usia. Tetapi kekuatan peribadi takkan sirna ditelan zaman.

5. Suka dikritik dan bersikap terbuka.
Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal di sisinya, mahu mendengar pendapat orang lain, bersedia melakukan perubahan pada diri. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan bererti mengikut secara total segala kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati. Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya. Di dalam hubungan kasih sayang, saling mengekspresikan diri sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan anda melayan kerenah masing-masing.

Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.

Rasulullah SAW bersabda: ”Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”






3 ulasan

Zul Fattah berkata...

Cukuplah dengan Jodoh yg Allah telah tetapkan.. huhu.. aku nk yg cantik dan seksi dan aku anggap itu sbagai satu bonus.. yg utama adalah Islam.

KaK LimAh Si SupiR berkata...

yes! this article is awesome ^_^

lelaki melayu berkata...

Sangat panjang dan menarik kupasan artikel ini. Lelaki yang budiman adalah lelaki yang menjaga akhlaknya dan mengamalkan gaya hidup yang positif.