Ahad, 4 September 2011

BILA BERBICARA DENGAN MEREKA YANG TIDAK FAHAM APA ITU TAKDIR


Takziah dari saya buat keluarga almarhum Noramfaizul, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia.

Sebak rasa di dada ketika mengikuti siaran langsung ketibaan jenazah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini pukul 10 pagi hari ini. Kita yang tiada kena mengena dengan arwah terasa sebaknya, terfikir pula difikiran ini, tentu lagi hebat kesan kehilangan di rasakan oleh ahli keluarga almarhum. 

Satu perkara yang amat tidak enak di dengar ialah ketika PM berbicara dengan beberapa pihak media sebaik sahaja selepas ketibaan jenazah, ada juga sebilangan manusia yang mempertikaikan apakah langkah-langkah keselamatan yang telah dan akan di ambil oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.

Komen saya, jika satu badan di salut baju kalis peluru sekali pun, bila berbicara tentang takdir dan kematian, TIDAK ADA SESIAPA YANG MAMPU JAMIN DAN ELAKKAN jika perkara ini telah di takdirkan terjadi.

Kalau nak meninggal dunia, duduk di rumah (yang kita anggap tempat yang paling selamat) pun boleh meninggal dunia jika itu telah di takdirkan oleh Allahswt. Siapa tahu tiba-tiba rumah yang lengkap dengan CCTV dan grill satu rumah pun boleh di ceroboh oleh penyamun. Tiada siapa dapat menjangka dan menduga perkara-perkara yang akan terjadi di luar jangkaan kita.

Al fatihah buat almarhum. 

Nota : Kalau takut nak jadi sukarelawan, duduk diam-diam di Malaysia. Tidak perlu pertikaikan itu dan ini. Buat ganggu majlis sahaja. 


9 ulasan:

Cik Kamoo berkata...

setuju...kdg2 bila sesuatu berlaku, masing2 mula nk menuding jari....sana dan sini. Tidak melihat ia sbg satu takdir dr Tuhan

ReYnn berkata...

betul la tu..semua takdir Allah ,kita tak dpt nak elak..

Norashiqin Kamaruzaman berkata...

betol tu... dah ajal dia....~ urmm

delarocha berkata...

Al Fatihah

Zul Fattah berkata...

betul tu.. ajal maut di tangan tuhan.. org yg dah pergi,.. jgan diratapi

norh berkata...

sesetengah orang merasakan mereka perlukan yang tiap sesuatu yang perfect sahaja..

gedek! berkata...

tu namanya ajal....

kan?

logorithm berkata...

Somalia adalah di antara negara-negara yang paling merbahaya di dunia. Expect the expected.


Terbaru dari Logokoko:

[U] Fakta menarik tentang Kg. Datuk Keramat

[U] Resipi biskut raya mudah

[13SX] Ketiak

Murdan berkata...

Rukun iman yang ke 6 itu kekadang menjadi alasan untuk menutup persoalan, boleh melemahkan jiwa orang Islam, menjadi tidak kreatif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...