My Instagram

ADA APA DALAM BEG TANGAN PINK ITU ?






Ada yang nak cari pasal ker? Huhu..Hidup ini terlalu singkat dan janganlah di hiasi dengan perkara-perkara yang menyedihkan seperti suka cari masalah dengan orang, tipu orang, aniaya orang, curi barang orang, simbah asid kat orang, buat aniaya kat kucing.

Wahai diriku dan semua saudaraku, dunia ini adalah fana. Jangan terlalu mengejar keduniaan hingga lupa kepada tempat kita kembali nanti.

Mungkin ketika ini kita merasa masih terlalu awal untuk memikirkan soal kematian, masih muda remaja dan masih belum puas berseronok di muka bumi ini. Saban hari usia kita semakin meningkat sebaliknya hayat semakin berkurang. Janji Allah itu benar sekalipun kita cuba untuk mendustakannya. Firman Allah s.w.t :

"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (Al-Jumu'ah: 08)



2 ulasan

delarocha berkata...

kerana tekanan hidup mungkin...

Zul Fattah berkata...

stakat ni, saya tak kisah sangat pasal harta.. pasal duit tolak tepi dulu.. malas nk pikir.. cukuplah dgan hidup ini.