Kisah cinta pasangan ini mula berputik apabila keduanya digandingkan dalam sebuah filem seram yang berjudul ‘Sesuatu Yang Tertinggal’. Biarpun pada mulanya mereka hanya kenalan biasa tetapi akhirnya hubungan yang terjalin membawa kepada satu titik permulaan yang bahagia. 

Bahkan, pasangan merpati dua sejoli ini, Zahiril Adzim, 27 dan Shera Ayob,25 , ini tidak segan mempamerkan hubungan mereka di khalayak ramai. 

Di mana ada Zahiril dalam acara hiburan pastinya akan ditemani Shera. 

Jika di awal perhubungan dulu, pasangan ini lebih mengelak daripada berbicara mengenai hubungan cinta mereka, tapi kini segalanya terurai apabila Zahiril memutuskan untuk mengikat tali pertunangan bersama buah hatinya itu, Mei lalu. 

Tidak mahu menunggu lama, pasangan ini memilih untuk berkahwin segera dan tarikh keramat mereka jatuh pada 20.11.2011. 

Ketika ditanya keputusan drastik untuk menamatkan zaman bujang, Zahiril berkata, dia sudah berjumpa dengan wanita yang dicari-cari selama ini. 

Menurutnya,dia yakin dengan keputusannya dan sanggup mengetepikan populariti dikecapi walaupun usia perkenalan mereka baru setahun jagung. 

”Saya kenal diri saya selepas kegagalan dalam beberapa hubungan cinta sejak remaja. Tapi perasaan saya terhadap Shera, benar-benar berbeza. Setiap hubungan pasti ada pasang surutnya, begitu juga dengan kami. Walaupun pernah bertikam lidah, tidak sukar untuk kami berbaik semula. 

”Saya yakin mampu membawa hubungan kami ke peringkat seterusnya, lagipun umur saya dah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini,” katanya yang tidak sabar untuk mengharungi fasa baru dalam hidupnya. 

Sementara, Shera turut mengakui Zahiril adalah Mr Right dalam hidupnya. Sikap Zahiril yang penyayang dan gemar hidup berkeluarga membuatkannya bersedia untuk menerima jejaka itu sebagai suaminya. 

“Dia berjaya mencuri hati saya. Sikapnya itu menjadi sebab pertama kenapa saya yakin dan mengambil keputusan untuk menjadi suri hidupnya. 

”Apa yang saya nampak dia seorang yang berkeyakinan dan tahu apa yang dia lakukan. Saya yakin saya boleh bergantung kepadanya dalam apa jua situasi,” kata Shera yang juga tidak sabar menantikan detik sejarah mereka. 

Biarpun bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, masih banyak persiapan perkahwinannya yang masih belum dilakukan. 

Jadual seni yang padat menyebabkan Zahiril terpaksa memberi tumpuan pada kariernya, bagaimanapun dia tidak lupa membahagikan masa antara tugas dan hal-hal peribadi. 

“Alhamdulillah, setakat ini hampir lima puluh peratus persiapan perkahwinan kami sudah siap. Saya dan Shera sudah pun pergi mengambil kursus kahwin, cuma ada beberapa dokumen yang masih belum diselesaikan,” katanya yang lebih selesa menguruskan sendiri persiapan perkahwinan mereka.

GreenAppleKu : Dari bercinta lama-lama, lebih baik berkahwin.


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. dia dah jumpa da..nampak macam senang je nak jumpa orang yang berkenan..ahaha

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah....dan sampai jodohnya. MOga kekal ke akhir hayat

    BalasPadam
  3. wow ! bila lha nk jumpa juga ehh ? :P

    BalasPadam
  4. ala xde butang like. suke sgt tgk dorg. :)

    BalasPadam
  5. tarikh keramat yg curlasttt sgt.
    20.11.2011

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama