Usah Taksub Taksiran Sendiri, Pandanganlah Dari Sudut Yang Lain - pesanan ini di tujukan untuk diri sendiri agar tidak syok sendiri.

GreenAppleKu : Really love semua lagu dakwah yang di hasilkan oleh KRU. Moga Edry akan terus di berikan idea untuk menghasilkan lagu-lagu dakwah. 

Cuba teka, suara imam yang mana satukah sebagai penyanyi ? 

Tajuk : Pejuang Agama

Setiap Manusia Pasti Punya
Pemikiran Yang Saling berbeza
Tapi Janganlah Cuba Untuk Memaksa
Yang Lain Jika tidak Sekata

Usah Taksub Taksiran Sendiri
Pandanganlah Dari Sudut Yang Lain
Mungkin Ada Benarnya Kata Mereka
AndaiNya Berfikiran Terbuka
Renungkanlah Bersama

Habibi Janganlah Membenci
Hentikan Dari Saling Menyakiti
Habibi Hanya Jikalau Bersatu
Umahmu Akan Lebih Maju

Temanku Bersalamlah Selalu
Hormati Mereka Disekelilingmu
Temanku Marilah Kita Bersama
Menjadi Pejuang Agama

Tak Perlu Meninggikan Suara
Untuk Meluahkan Apa Dirasa
Kerana Lantang itu Bukannya Bermakna
Katamu Menjadi Lebih Benar
Renungkanlah Bersama





1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Sesuatu yg perlu direnungkn bagi mengelakkan kita termasuk dalam golongan Fanatik

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama