Kerana laluan trafik bergerak perlahan dan amat perlahan. Bukan laluan di lebuhraya tapi laluan untuk mencari parking di dalam shopping komplek membeli belah. Kepada yang punya tahap kesabaran senipis kulit bawang, memang boleh bikin gaduh kerana terpaksa berbaris lama untuk mencari parking di samping menahan sabar menghadapi gangguan emosi apabila tiba-tiba kereta anda di potong oleh mereka yang kurang sabar.

Lif.
Didalam lif lagilah dasyat dugaannya kerana terpaksa bersesak-sesak di dalam lif dek kerana ramainya manusia yang shopping raya last minit kerana sibuk dengan urusan kerja dan ada juga yang baru dapat gaji + bonus raya.

Stok baju raya, kasut raya, tudung raya dan yang lain-lain.
Salah satu yang tidak best membeli belah di saat akhir ni apabila jurujual berkata, saiz yang kita cari dah habis. Dah satu hal kena cari alternatif lain. Tema warna baju raya juga turut akan terkejas gara-gara kehabisan stok ni. Grrr...

Biskut raya, bahulu raya dan apa-apa aje makanan yang wajib ada di hari raya. huhu..
Bab ni memang boleh jadi nangis. Bayangkan jika kuih raya yang telah tersenarai dalam list tetiba pihak pengedar yang setiap tahun kita biasa berurusan dengannya kata, "stok dah habis. Yang ada kuih ini saje."

Nak beli dari jenama yang lain risau rasanya tidak sesedap rupanya. Tension tak? Siapa suruh membeli-belah di saat akhir. Meriah memang meriah tapi meriah mencari ganti kerana hajat di hati tidak kesampaian. 


Nota : Bukan saya yang membeli di saat akhir tapi saya membeli stok barangan dapur yang memang setiap awal bulan telah menjadi rutin bulanan saya. Bila sesekali bertempung dengan situasi ini, rasa syukur sebab persiapan raya telah saya selesaikan lebih awal. Mana nak cari lemang yer? Yang ini tak boleh beli awal-awal kan. haha.. 

Grrrrrr...(TQ Google.)




Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama