Nota : GA = GreenAppleKu.

Pada suatu hari, di pagi yang ceria, sedang aku bersemangat meng'up date blog' mengalahkan blogger 'otai' ( untuk mengambarkan betapa serius dan fokusnya aku ketika itu) tiba-tiba,

Zack : GA, kenapa cuti saya di potong sehari ? Saya mohon 9 hari cuti, tapi sekarang dah tinggal 8 hari. 

Terjah Zack pada aku tanpa sebarang salam dan ini sekaligus mengganggu fokus utama aku. Memang amat mengganggu. Dengan cool, aku terpaksa memberi tumpuan terhadap masalah yang sedang menghantui Zack.

Aku : Kau minta 9 hari cuti tapi telah di tukar kepada 8 hari cuti yer. Erm, okaylah tu, jimat cuti tahunan kau.

Zack : Ish, mana boleh macam ni GA, aku dah set up cuti raya untuk tahun ini baik-baik. Mana boleh potong cuti macam ni. Karang merajuk mak aku di kampung sebab tidak puas bermanja dengan anak kesayangan dia ni.

Aku : Mak kau merajuk ker, atau 'awek' kau merajuk ? hehe..

Zack : Dua-dua merajuk. (Pipi dah mula bertukar ke warna merah jambu. Sweet..haha..)

Aku : Zack, agaknya kau lupa ya. Aku pun tak salahkan kau terlupa sebab peristiwa ini jarang-jarang berlaku. 

Tahun ni kan, hari raya ke dua dan hari merdeka jatuh pada hari yang sama, sebab tu cuti kau di potong sehari. Tidak perlu tolak cuti tahunan kerana memang dah cuti umum pun. Cuba kau lihat kalendar kuda ni.

Zack : Eh..iyalah GA. Cam na aku boleh tak perasan. Terima kasih GA kerana you light up my life.

Aku : Iyalah tu, light up your life. Cuba kalau betul-betul cuti kau kena potong sehari ? Konfem dari light up terus jadi light off yer.

Nota 1 : Korang dah isi borang cuti ker? Saya dah dan dah lulus pun.











9 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. jgn lupe buat baju raye bersulamkan bendera ye..kite kan merdeka raye...kih3

    BalasPadam
  2. assalam..

    hiihii sy x pyh ec borang..

    mmg dpt cuti..hihii

    jp kt kg ya..hihi

    BalasPadam
  3. @ Pure Mahabbah Fillah, best ler awak, tak yah isi borang. : )

    BalasPadam
  4. nasib baik housewife mcm akak tak kena isi borang kalau tak nak minta cuti kurang2 3 tahun hehehehehe

    BalasPadam
  5. lps cuti bru isi borang cuti...hehehe

    tema thun ni kt opis , bangsawan raya..ponin den =.="

    BalasPadam
  6. Dah isi borang dah..Dah approved pon.. Hehe Tak sabar rasanya nak balik kampung beraya.. :)

    BalasPadam
  7. beli bendera banyak2.....potong....pastu buat baju melayu....boleh? hehehe

    singgah2 la sini ye :)

    BalasPadam
  8. Nak ambik cuti hari Isnin + Jumaat lah. Ambik cuti dua hari jer tapi cuti 8 hari. :-)


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Budi yang baik dihukum jua

    [U] Dengki

    [U] Jualan murah yang lebih mahal!

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama