Isnin, 15 Ogos 2011

TAHUN 2011 ~ AIDILFITRI DAN MERDEKA DI SAMBUT SERENTAK



Nota : GA = GreenAppleKu.

Pada suatu hari, di pagi yang ceria, sedang aku bersemangat meng'up date blog' mengalahkan blogger 'otai' ( untuk mengambarkan betapa serius dan fokusnya aku ketika itu) tiba-tiba,

Zack : GA, kenapa cuti saya di potong sehari ? Saya mohon 9 hari cuti, tapi sekarang dah tinggal 8 hari. 

Terjah Zack pada aku tanpa sebarang salam dan ini sekaligus mengganggu fokus utama aku. Memang amat mengganggu. Dengan cool, aku terpaksa memberi tumpuan terhadap masalah yang sedang menghantui Zack.

Aku : Kau minta 9 hari cuti tapi telah di tukar kepada 8 hari cuti yer. Erm, okaylah tu, jimat cuti tahunan kau.

Zack : Ish, mana boleh macam ni GA, aku dah set up cuti raya untuk tahun ini baik-baik. Mana boleh potong cuti macam ni. Karang merajuk mak aku di kampung sebab tidak puas bermanja dengan anak kesayangan dia ni.

Aku : Mak kau merajuk ker, atau 'awek' kau merajuk ? hehe..

Zack : Dua-dua merajuk. (Pipi dah mula bertukar ke warna merah jambu. Sweet..haha..)

Aku : Zack, agaknya kau lupa ya. Aku pun tak salahkan kau terlupa sebab peristiwa ini jarang-jarang berlaku. 

Tahun ni kan, hari raya ke dua dan hari merdeka jatuh pada hari yang sama, sebab tu cuti kau di potong sehari. Tidak perlu tolak cuti tahunan kerana memang dah cuti umum pun. Cuba kau lihat kalendar kuda ni.

Zack : Eh..iyalah GA. Cam na aku boleh tak perasan. Terima kasih GA kerana you light up my life.

Aku : Iyalah tu, light up your life. Cuba kalau betul-betul cuti kau kena potong sehari ? Konfem dari light up terus jadi light off yer.

Nota 1 : Korang dah isi borang cuti ker? Saya dah dan dah lulus pun.











9 ulasan:

n!cK berkata...

jgn lupe buat baju raye bersulamkan bendera ye..kite kan merdeka raye...kih3

Pure Mahabbah Fillah berkata...

assalam..

hiihii sy x pyh ec borang..

mmg dpt cuti..hihii

jp kt kg ya..hihi

GreenAppleKu.com berkata...

@ n!cK, nice idea awak tu. hehe

GreenAppleKu.com berkata...

@ Pure Mahabbah Fillah, best ler awak, tak yah isi borang. : )

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

nasib baik housewife mcm akak tak kena isi borang kalau tak nak minta cuti kurang2 3 tahun hehehehehe

cik marikh berkata...

lps cuti bru isi borang cuti...hehehe

tema thun ni kt opis , bangsawan raya..ponin den =.="

BeloG MTT berkata...

Dah isi borang dah..Dah approved pon.. Hehe Tak sabar rasanya nak balik kampung beraya.. :)

roq berkata...

beli bendera banyak2.....potong....pastu buat baju melayu....boleh? hehehe

singgah2 la sini ye :)

logorithm berkata...

Nak ambik cuti hari Isnin + Jumaat lah. Ambik cuti dua hari jer tapi cuti 8 hari. :-)


Terbaru dari Logokoko:

[U] Budi yang baik dihukum jua

[U] Dengki

[U] Jualan murah yang lebih mahal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...