Semalam, semasa saya jalan-jalan cari pasal temankan BFF saya untuk membeli tudung dan butang baju melayu untuk anak lelaki tunggal dan suaminya, sempat juga saya lepak di bangku melihat gelagat orang ramai yang sedang sibuk memilih baju untuk di gayakan di hari raya nanti.

Penatlah melayan kerenah BFF saya tu, pilih butang baju melayu pun hampir 15 minit. Tanya ok ker tak, cun ker tak. Akhirnya saya kata, pilih warna yang boleh di sesuaikan dengan semua warna baju. Kalau pilih butang warna hijau di pakaikan dengan baju melayu warna pink, agak-agak koranglah, sesuai ker tak? Lainlah kalau korang ada buget lebih. Boleh borong semua warna butang baju melayu tu. hehe..

Nak pilih tudung pun, makan masa gak, memula nak cari warna yang seakan-akan sama dengan warna baju kurung, kemudian corak tudung pula, dan kemudian tengok harganya. Hati-hati korang, bila shopping di saat-saat akhir ni, sebab ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga tudung, butang baju melayu, jubah, blouse, baju kurung dan pendek cerita, kelengkapan hari raya. Jadilah pengguna yang bijak. Kalau korang rasa sesuatu barang tu harganya memang dah tak masuk akal, cari alternatif lain jer.

Okay, sambung cerita semasa saya lepak di bangku tadi, tetiba di hadapan saya, berdiri seorang jejaka yang mengenakan baju melayu berwarna pink. Rasanya jejaka tersebut baru lepas menunaikan solat jumaat. Dia dan beberapa orang rakannya, sibuk memilih butang baju melayu.

Sweet pula bila melihat lelaki mengenakan baju berwarna pink. Siapa kata tidak sweet ? Nampak cool sahaja. Tetapi jangan sehingga warna baju mempengaruhi perwatakkan anda ye. Nanti tak pasal-pasal kena label, lelaki lembutlah dan apa lagi yer...

Setakat ini dahulu, coretan santai saya untuk kali ini, di hari minggu. Hari minggu kita tulis entri yang santai-santai. Tenangkan minda dan hati. Untuk pengetahuan korang, dah hampir seminggu Pulau Pinang di landa musim hujan. Sejuk dah macam di Genting Highland dah.

Nota : Saya sekadar membeli sehelai selendang berwarna hitam yang ada manik-manik silver di hujung selendang tersebut. Senang nak lilit-lilit di pagi raya nanti. Kenakanlah dengan apa-apa warna inner. Konfem cun bergaya. Haha..



5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. warna pink?
    tak pernah cuba lagi nih..

    BalasPadam
  2. lol.. ok je warna pink.. saya punk pakai baju warna pink.. haha

    BalasPadam
  3. memang lelaki kalu pkai baju melayu kaler ape pun rasa sangat kacak dan coOl..suke mngusha diorng bila lepas semyang jumaat...hak2
    kalau t shirt xbrkenan sngat...

    harap ramadhan tahun ini diberkati, selamat hari raya aidilfitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan...^o^

    BalasPadam
  4. Klu ayen rasanya mmg xkan pakai kot kaler pink sbb terasa sgt janggalnya,huhu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama