GEORGETOWN – Hanya dalam masa empat hari seramai 25 pesalah Ramadan berjaya dicekup Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) seluruh Pulau Pinang. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JAIPP, Jaafar Ismail berkata, dalam tempoh itu juga lebih daripada 250 kedai makan dan restoran diperiksa penguat kuasanya. 

Menurutnya, kesemua yang ditahan mengikut Seksyen 15 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1996 ialah atas kesalahan tidak menghormati Ramadan, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau tidak lebih enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. 

“Semua 25 pesalah Ramadan ini adalah lelaki dan kebanyakannya ditahan atas kesalahan merokok," katanya. 

Jaafar juga tidak menolak jumlah yang ditahan ini begitu ramai dan meningkat dengan mendadak berbanding tahun lalu. 

Namun, ia menunjukkan penguatkuasaan JAIPP berkesan dan juga berjaya bagi membanteras pesalah Ramadan melalui Ops Jejak. 

Pada 2009 seramai 31 orang Islam yang ditahan JAIPP atas kesalahan tidak berpuasa, tetapi kemudiannya meningkat sebanyak 51 yang ditahan pada 2010. 

“Kami meningkatkan jumlah penguatkuasaan pada tahun ini memandangkan pada tahun lalu kami ada menerima aduan orang ramai yang menyatakan JAIPP hanya pergi ke satu daerah ke satu daerah sekali gus melambatkan proses tangkapan. 

“Kali ini JAIPP tidak beri peluang lagi kerana kesemua anggota penguat kuasa kami bergerak serentak dalam Ops Jejak,” katanya. 

Jaafar juga sempat berkongsi pengalamannya bersama dengan anggota penguat kuasa mengenai gelagat umat Islam yang tidak berpuasa. 

“Ada satu kes di mana kami dapat di kawasan Seberang Perai, iaitu pemandu lori bersama rakannya yang makan di atas lori ketika Ramadan. 

“Mereka cuba lari namun, akhirnya penguat kuasa kita berjaya juga menahan mereka,” katanya.

GreenAppleKu : Agaknya, jika dah cukup sebulan Ramadhan nanti akan bertambah atau berkurang ye ? Kepada yang mampu bayar denda RM seribu tu kira oklah. Kepada yang tidak mampu, tak ker kesudahnya terpaksa berhari raya di dalam lokap hanya kerana sebatang rokok.


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama