Buat mereka yang 'frust' dalam percintaan, yang cinta tidak kesampaian, yang kekasih tiba-tiba beritahu, " Awak, kita putus. Antara kita memang tidak ada jodoh.", ataupun " I dah bosan dengan you. I meet someone yang lebih better than you. Yang mampu membahagiakan i."

Sila bawa tenang-tenangkan hati. Lihat pada awan dan langit yang biru. Sila jangan buat perkara yang boleh menambahkan lagi rasa anda nak menangis seperti melayan lagu cinta, tengok movie cinta dan membaca novel cinta.

Kawan-kawan hanya mampu berkata " Sabar yer, setiap yang terjadi pasti akan ada hikmahnya." Sakitnya rasa bila putus cinta..Allah sahaja yang tahu dan hanya masa yang boleh mengubatinya. Bak kata omputih, its take time.

Jangan sedih-sedih, dah nak raya ni. Jom layan lagu raya. Jom bayangkan wajah ayah, ibu, adik, abang, akak, makcik, pakcik dan rakan-rakan di kampung yang sedang menanti kepulangan kita di hari raya nanti. Raya nanti buat jadual, rumah mana yang akan kita serbu untuk beraya. Mana tahu, akan bertemu dengan cinta baru.


Pinjam gambar Otai blogger, Zack Zukhairi...

GreenAppleKu : Kau jangan layu yer bunga, saya sayang awak. Bulan puasa ni, terlupa nak siram pokok bunga. Tapi tak per, hari ni dah satu baldi aku siram kau bunga.



6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. alaa.cinta tue dtg dan pergi kan..chill jer.kalau die milik kita.. lari mane pon..mst die akan dtg balik pd kita

    BalasPadam
  2. @ sizuka , betul2, kalau dah di takdirkan utk kita, tak kan lari gunung di kejar. haha..

    BalasPadam
  3. putus cinta?? sabar, tabahkan hati..ade hikmah sumetu.. mungkin sidia bukn tecipta utk kite.. mungkin jgk ade yg lagi baik utk kite.. =)

    BalasPadam
  4. Jangan sedih-sedih, dah nak raya ni. Jom layan lagu raya. Jom bayangkan wajah ayah, ibu, adik, abang, akak, makcik, pakcik dan rakan-rakan di kampung yang sedang menanti kepulangan kita di hari raya nanti. Raya nanti buat jadual, rumah mana yang akan kita serbu untuk beraya. Mana tahu, akan bertemu dengan cinta baru.~hehe^^ dh dpt mood raya sikit-sikit pas baca ayat kat atas~

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama