IBUNDA'S DELIGHT

Sabtu, 6 Ogos 2011

MERIAM BULUH, BUNGA API, KAD RAYA, BAJU RAYA DAN KUIH RAYA

Entri santai untuk hari ini, kata orang, artikel dalam blog saya semuanya perah kepala otak juga hendak di baca. Kebanyakkannya entri berbentuk ilmiah. Herm..

Hari ini, alhamdulillah telah enam hari kita menunaikan ibadah puasa. Dan sehingga ke hari ini, setiap malam bermula pada malam pertama berpuasa, di tempat tinggal saya, kedengaran bunyi meriam buluh saling berbalas tembakan. Sesekali tersentak juga jantung di buatnya. Bunga api tak yah ceritalah. Hanya asab sahaja yang kelihatan di kebanyakkan laman rumath.

Kad raya sudah ada yang mula menghantarnya dan ada juga yang sudah mula menerimanya. Selalunya di kebanyakkan pejabat ada yang sedang sibuk mem'print' kad raya untuk di edarkan. Masa inilah, jualan setem di kebanyakkan pejabat pos laris jualannya.

Kuih raya 'tunjuk' telah bersusun di rak pameran di kebanyakkan hypermarker, supermarket, kedai runcit, kedai kek dan kedai biskut. Tidak kurang hebatnya di kebanyakkan pasar malam dan bazaar ramadhan. 

Baju raya juga boleh buat rambang mata di lihat sebab terlalu banyak untuk dijadikan pilihan. Cakap sahaja saiz apa, insyaallah masih banyak stok yang sedang tersedia. Pening untuk membuat pemilihan fesyen untuk di gayakan nanti. Yang mana satu yer ?






5 ulasan:

H.J berkata...

dia dah nak cari baju raya da..haha

♥ Elin ♥ berkata...

semuanya cantik2 klu blh nak grab semuanya! hahhhaa...
tp kena kawal nafsu membeli belah lg nak raya kan..

Jejaka Terhangat berkata...

alamak..heliza..tergugat imam tgh2 puasa ni. erkk..=p

delarocha berkata...

sejak bila heliza jadi model untuk blog ni?
huhuhu

Cik Kamoo berkata...

lawa baju raya nie...hu hu hu!! fesyen terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...