MENTAL DAN EMOSI YANG TERGANGGU

Petang semalam punya cerita. Mengambil sedikit masa untuk mencari maklumat, info, punca dan sebab kenapa perkara ini harus terjadi dan akan terus terjadi. Petang semalam, sedang saya menumpukan sepenuh perhatian membereskan tugasan di pejabat, lagu tema imam muda musim ke-2 kedengaran,

 "Ke arah satu perjalanan, dalam sebuah kehidupan, demi untuk menjejaki, hasrat murni di dalam hati.

Usaha dengan doa, masanya akan tiba, dengan restu Ilahi, kelak pasti akan di temui..."

Oh, rupanya handset saya berbunyi. Siapalah yang rindu pada saya pula nih ?

Nota : GA = singkatan untuk GreenAppleKu.

One of my BFF rupanya. Ini mesti nak ajak shopping raya nih. Betapa positif thinking nya saya. :)

"Yes dear, what up ?" ( lupa nak beri salam bila berborak dengan BFF, haha..)

"GA, aku tension nih. Aku dah tak tahan untuk hadapi semua ini."

Gulp. Saya terdiam seketika. Tidak terkata apa-apa. Selalunya, mulut ini tidak pernah sunyi untuk berkata sesuatu. Namun kali ini, mendengarkan suara esakkan di hujung talian, benar-benar telah menyentuh naluri kewanitaanku. 

"Kau apasal."

"Sebenarnya, aku malu untuk bercerita pada kau. Tapi aku tidak punya sesiapa lagi yang boleh aku percayai. Dah lama aku hadapi ini semua. Dah lama aku pendam ini semua. Tapi kali ini, apa yang terjadi benar-benar buat aku rasa seperti tidak berguna, aku rasa seperti aku ini satu bebanan buat dia. "

Bla..bla..bla.. (hampir 1 jam perkara ini diluahkan pada saya..)

Ringkasannya : 

Menjadi tanggungjawap SUAMI untuk menyediakan nafkah keluarga. Suami sepatutnya bersyukur dan berterima kasih jika ISTERI berkorban dan sudi membantu anda membayar ansuran bulanan kenderaan dan belanja rumah walaupun itu bukan tanggungjawab seorang isteri.

Namun, bila isteri di berhentikan kerja di sebabkan syarikat tempat dia bekerja muflis, tidak sepatutnya masalah ekonomi di jadikan alasan untuk menghukum emosi dan mental isteri kerana perlu diingatkan semula, tanggungjawap menyara keluarga adalah tanggungjawap suami bukan isteri.

Ada benarnya kata-kata ini, kita hanya mampu merancang namun untuk menentukan samada apa yang kita rancang akan terjadi seperti yang kita kehendaki, hanya Allahswt tahu jawapnya. 

Sepatutnya, bila timbul sesuatu masaalah di dalam rumahtangga, suami isteri perlu duduk dan bawa berbincang dengan baik. Bersama mencari jalan penyelesaian dan bukannya menuding jari menyatakan hal ini terjadi semuanya berpunca dari awak dan awaklah puncanya. (Nak kata bengap pun ada gak sebab isteri dia berhenti bukan kena buang kerja tapi SYARIKAT MUFLIS. Tu pun tak leh fikir ker..huhu. Maaf cakap yer.)

Tetapi bila saya memikirkan semula, apa sebab yang si suami marah sangat dengan isu ini. Bukannya si isteri tidak boleh cari kerja baru. Walaupun ianya mengambil sedikit masa, rasanya dengan income si suami, cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga sementara menunggu si isteri mendapat kerja baru.

Dengan sedikit soalan perangkap dari saya, rupanya si suami ada skandal dengan girl lain. Patutlah amuk bagai nak rak. Rupanya risau tak cukup nak belanja cik awek ker cik abang oii. 

"Setiap perkara yang terjadi, walaupun ianya pahit, rupanya ada hikmah di sebaliknya, ada perkara yang hendak Allahswt tunjukkan pada kita. "
~ GreenAppleKu~


Penderaan Emosi, Mental & Psikologi Dalam Akta


5 ulasan:

  1. boleh jadi kaunselor nampaknya..

    BalasPadam
  2. @ delarocha, nak jadi 'sleeping partner' saya tak ? huhu...

    BalasPadam
  3. Si isteri nih patut gi tarik rambut awek suami dia. No mercy! Cik GA kalau nak join pun I sokong! Hehe...


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Kentut durian

    [18SX] Haaa??? Video seks Paris Hilton tersebar lagi???

    [U] Toto kini dihalalkan - Selamat Hari Raya!

    BalasPadam
  4. lama rasanya tidak ke blog ini..maaflah...
    apa2 pun layan jew entry ni..
    biase la tu..kisah rumah tangga..mesti ada onak durinya..

    BalasPadam
  5. insyaAllah..lepas ni, akn selalu terjah sini..sebab sbelum saya knal blog..saya kenal blog ni first.. haha..
    mintak tunjuk ajar.. haha..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!