Sebelum pengumuman hari raya di siarkan di TV lagi, di sekitar kawasan perumahan saya telah meriah dengan bunyi bunga api, bunyi meriah buluh saling berbalas tembakan di antara kawasan A dengan kawasan B. (Macam konfem jer esok raya..)

Lagilah menjadi-jadi aktiviti membakar bunga api, meriah buluh dan segala jenis bunga api yang namanya saya kurang pasti, yang boleh sentak jantung di buatnya sebaik sahaja selesai pengumuman hari raya.

Semasa saya sedang menaip entri yang 'fresh' dari ladang ini, entah bagaimana salah satu bunga api sesat, betul-betul meletup di tepi tingkap bilik tidur saya. Nasib baik langkah berjaga-jaga iaitu menutup tingkap telah saya ambil dari awal. Jika bunga api tadi tersasar masuk dalam bilik tidur melalui tingkap yang terbuka, siapa yang dapat susah yer ?

Rasanya lena malam ini akan bertemankan dendangan bunyi bunga api yang hanya setahun sekali dapat kita dengar. huhu..

Nota : Korang dah siap seterika baju raya ker ? Kalau dah, malam ni jom tonton telemovie, drama mahupun filem sambil masukkan kuih raya ke dalam balang, sambil-sambil tu makan kuih raya dengan niat yang ikhlas untuk merasa, ok ker tak kuih tu. :)




SELAMAT HARI RAYA BUAT KORANG SEMUA.





3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Selamat hari raya.. hehe..
    maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  2. @ Zul Fattah , Bersamalah kita bermaafan yer Zul. Sweet la baju pink awak tu. :)

    BalasPadam
  3. sis.. (^^)
    selamat hari raya aidilfitri..
    maaf zahir batin yew.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama