BFF = BEST FRIENDS FOREVER - Eiza GreenAppleKu

BFF = BEST FRIENDS FOREVER

Cun jer Heliza Helmi ni...

Menurut artikel Eyman Hykal,

Kawan-kawan sekampus dan kawan-kawan setempat kerja pula adalah teman-teman kerana keperluan. Setiap semester, kawan-kawan akan berkurang atau bertambah. Apabila kita melanjutkan pelajaran, kawan-kawan sekampus juga berubah. Kawan-kawan setempat kerja pula tidak ramai yang kekal lama. Apabila beralih tempat bertugas, kita akan meninggalkan sekumpulan kawan-kawan untuk bertemu dengan sekumpulan kawan-kawan baru.

Dan, kawan-kawan saya yang paling ramai ialah kawan-kawan di alam siber. Sebahagian besar daripada mereka tidak saya kenali pun. Dia atau saya akan memohon untuk jadi kawan dan kami akan jadi kawan. Apabila terserempak di alam siber, kami akan bertegur sapa. Setelah itu, kami tidak akan bertemu lagi. Malah, kami tidak kisah dan teringat pun siapakah dia kecuali andainya kami berpeluang untuk bertemu di alam nyata. Tetapi, apa perlunya untuk mengenali lebih dekat kerana status kawan di alam siber memang ringkas, santai dan sekejap ada dan sekejap tiada.

Best friend forever adalah kawan ketika susah dan senang. Dia tidak segan silu untuk mengkritik atau memuji. Membela dan melindungi ketika orang lain memandang serong kepada kita. Dia akan datang sebaik sahaja kita menyebut namanya. Dan dia akan pergi apabila dia tahu kita sudah berada di dalam keadaan selamat tanpa perlu mengucapkan selamat tinggal.



GreenAppleKu : Ehm, bolehkah seorang perempuan dan seorang lelaki menjadi BFF ? 



11 ulasan

~Sya~ berkata...

blh je lelaki dan perempuan jd bff..tp biasanya lepas kawin tak sesuaila...sll je disalahtafsir atau mmg perhubungan itu sdr bermakna dlm diri masing2 sehingga sukar melupakan satu sama lain...lalu digelar bff..pdhal dlm hati ada taman...heheh

GreenAppleKu.com berkata...

@ ~Sya~ , hehe..dalam hati ada taman ... bahaya tu. : )

Gen2Merah berkata...

setuju dengan pendapat sya~. Selaunya BFF antara kawan sesama jantina.. kadang boleh juga bff sesama lelaki dan pempuan..

tapi tak seswai jika BFF antara lelaki ndan pempuan yang sudah berumah tangga.. takut di salahtafsirkan

GreenAppleKu.com berkata...

@ Gen2Merah, bila cikgu dah komen BFF tidak sesuai utk yg sudah berumahtangga.

Mungkin BFF tu still boleh maintain status mereka tapi apa pula rasa d hati pasangan mereka yer ?

Cik Bahgia a.k.a Zet berkata...

slalunye tak boleh.. mesti akan trbit perasaan yg lebih.. =p

Mylady berkata...

GA..aku pun setuju ngan pendapat diaorang kat atas tu...kalau bujang, BFF between berlainan jantina memang tak mustahil..tapi, kalau dah kawin, BFF berlainan jantina tu, pasti akan mendatangkan masalah..ye lah..syaitan tu kan sentiasa ada untuk menghasut..tambah2 plak untuk meruntuhkan masjid yang dah dibina..so, even ngaku kata just BFF pun, camner pun, pasti akan timbul perasaan yang lebih dalam diri masing2..

just my 2 cents...:-)

H.J berkata...

nak jadi fren epal hijau lah...haha

GreenAppleKu.com berkata...

@ Mylady, cam ada pengalaman jer nih..hehe..

GreenAppleKu.com berkata...

@ H.J , aik.. kita kan dah lama fren.

leeya abdul berkata...

Sukar utk dibendung perasaan yg lg satu tu.. perasaan cemburu mesti lebih dari BFF perempuan. Mostly lelaki & perempuan yg beginning stg sbg BFF xlama tu confirm 1.kahwin @2. separate forever.. To believe in something, and not to live it, is dishonest.

visit http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/di-antara-fatwa-dan-takwa

Skype Crew berkata...

xsesuai.. ;)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.