Kad raya. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, setiap kali jika ternampak encik posmen masuk ke kawasan perumahan, di hati ini penuh pengharapan, ada orang yang kirim kad raya lagi. Siap bertaruh dengan adik dan rakan, kad raya siapa yang paling banyak. Bangga melihat kad raya siapa yang paling banyak bergantung dalam rumah nanti. Tetapi selalunya saya kalah dengan adik lelaki saya yang ensem. Ramai peminat wanita, rakan wanita dan secret admire yang kirim kad raya kat dia. huhu..

Masa berlalu dan dengan kecanggihan teknologi terkini, ada yang mengambil langkah bijak dengan menghantar kad raya MMS, kad raya SMS mahupun kad raya FB sebagai penganti diri yang mana sekaligus dapat menjimatkan kos dan masa. Klik jer, dah hantar. Hebatkan.

Ada yang kata, dah tak ramai yang hantar kat raya seperti dulu-dulu. Iya ker? Rupanya tidak sama sekali. Masih ramai yang ‘setia’ menghantar kad raya kepada sanak saudara, kenalan dan sahabat handai mereka.

Berdasarkan rekod tahun lepas, daripada 5.11 juta keping kad ucapan raya yang dihantar, Lembah Klang mencatatkan jumlah penghantaran tertinggi iaitu pada kadar 57 peratus.

Sehubungan itu Pos Malaysia pada tahun ini menyasarkan peningkatan dua peratus bilangan penghantaran kad raya terutamanya dengan pengenalan kempen satu kadar rata bagi kad ucapan perayaan sejak 1 Ogos lalu.

Bahkan Pos Malaysia memberi jaminan bahawa semua kad ucapan raya yang diposkan selewat-lewatnya pada 24 Ogos akan sampai kepada penerimanya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 30 Ogos ini. ~ sumber ~


Nota : Kad raya ler best, nostalgia. Siapa setuju sila like banyak-banyak.


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. dah setahun x dapat kad raya...
    ye la..raya kan setahun sekali..
    ekekkeke...

    BalasPadam
  2. @diana : pandai bergurau..hahaha..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama