AKU CINTA DUNIA DAN KASIH ARAK NAFSU



Nama aku Jun, seorang gadis biasa yang baru menjangkau usia 21 tahun. Sebelum ini, aku merupakan seorang gadis yang gemarkan hiburan dan perkara yang melalaikan. Namun, kini aku sudah tidak seperti dulu. Aku tidak merasakan bahawa Dunia ini telah mengajar aku erti kebaikan. Bagiku, Dunia ini mengajarku erti kekejaman dan kejahatan disamping mengajar aku erti kehidupan. Kisah aku bermula ketika aku mula mengenali Dunia seawal saat aku di lahirkan.

Aku lahir disebuah kampung dan ku labuhkan usiaku bersama si dia yang bernama Dunia.
Sejak kecil lagi aku mengenali Dunia, dialah yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Setiap manusia yang kukenali, Dunialah yang mengajarku siapakah sebenarnya mereka itu. Takkala usiaku tiba ke pertengahan kehidupan. Ketika itulah aku sudah bangkit menjadi seorang remaja dan aku berhijrah ke bandar besar untuk mencari kerja bagi menampung kehidupanku bersama Dunia. 
Aku pergi bertemankan Dunia, hidupku dipenuhi perasaan gembira. Akhirnya aku tiba di bandar dimana aku telah di tawarkan untuk bekerja dengan mudah. Aku bertambah gembira.
"Hari ini awak di tawarkan kerja di bahagian pengurusan makanan. Saya akan letakkan awak di bahagian kaunter juruwang. Untuk awak, saya berikan masa sehari berehat. Esok awak boleh mulakan kerja...Ok?" jelas bakal bosku, Mejuez ketika menerangkan tugasanku.
"Baik bos...Terima Kasih banyak." Jawabku dengan perasaan gembira kerana telah diterima untuk bekerja.
Keesokan harinya aku mulakan kerja, Dunia yang setia bersamaku telah mengajarku penat lelah bekerja. Mejuez, bos di tempat ku bekerja cukup baik sekali.
"Jun...Awak sini kejap. Hari ni ada stok baru sampai. Nanti awak tolong aturkan barang-barang baru ini ke dalam stor boleh? Saya nak kira kuantiti barang yang sampai dan kuantiti pesanan untuk esok." Ujar bosku disaat aku sedang sibuk menguruskan tugasan aku sebagai seorang juruwang.
Semakin hari, aku semakin leka bersama Dunia. Aku telah lupa pada kampung halaman. Aku telah lupa pada keluarga di kampung. Bagiku, cukuplah sekadar dunia menemaniku disini. Aku lebih bahagia. 
Dunia kini membawa aku mengikut langkahnya. Langkah demi langkah aku diajar olehnya. Malam yang sepatutnya ku luangkan dirumah, aku habiskan diluar mengikut rentak Dunia. Disebabkan Dunia juga aku mula mengenali kawan baru yang bernama Cinta. 
Cinta, sungguh tampan bagiku. Dia membawa aku hanyut ke lautan asmara yang palsu. Tetapi bagiku Cinta yang memberiku kepuasan hidup. Dunia dan Cinta bersatu dan membawa aku melangkah ke kelab malam buat pertama kalinya. Sedang hanyut dan leka dibuai lagu-lagu berentak moden dan mengasyikkan, Cinta memperkenalkan aku dengan sahabatnya iaitu Kasih. Maka aku terus hanyut dengan ombak Kasih yang diberi oleh seorang jejaka tampan yang bagiku cukup sempurna. Wajahnya tampan, hartanya melimpah. Kini aku merasakan hidupku makin sempurna bersama Dunia, Cinta dan Kasih.  
Layanan perasaan aku terhadap Dunia, Cinta dan Kasih membuatkan aku leka dengan segala ayat-ayat manis yang ditaburkan oleh si jejaka. Aku semakin jatuh hati padanya. Malam-malam berikutnya aku dibawa ke kelab malam tersebut lagi oleh Dunia dan Cinta dan disana aku menemui Kasih yang merupakan penyeri hatiku ketika itu.  
Hinggalah suatu hari yang tenang seperti biasa, si jejaka memberikan aku air minuman yang dinamakan Arak. Selepas meneguk minuman tersebut, Dunia memperlihatkan nikmatnya kehidupan. Dunia yang bersamaku kini sudah berubah wajah. Bersama Dunia yang baru aku lebih merasakan hidupku tenang tanpa masalah. Aku tidak sedar langkahku bersama Dunia kini kian rapuh. Sejak itu aku menjadikan Arak minuman kegemaranku. Kerana Arak mampu mengubah Duniaku. 
Tidak lama selepas itu, aku berkenalan pula dengan Nafsu, si serakah. Dunia, Cinta dan Kasih jugalah yang telah memperkenalkan Nafsu kepadaku. Aku, Dunia, Cinta, Kasih dan Nafsu berhibur hingga ke pagi. Kami berbual, berparti, menari membuatkan aku penat dan letih dalam kepuasan sendiri.
Aku tertidur kerana rasa mengantuk dan penat. Kasih, Dunia, Cinta ditemani jejaka tampan menjemput aku dan membawaku ke biliknya.
Setengah jam masa berlalu, tiba-tiba Kasih dan jejaka tampan datang kearahku yang telah berada di kamar neraka, mereka mencumbui aku, meraba-raba aku. Akhirnya Nafsu yang tidak kelihatan tadi kini sudah pun turut berada sama disitu. Mereka berganding bahu merosakkan aku dengan rakus sekali. Aku menangis dan tersedar. Dimana Dunia yang bersamaku dahulu? Siapakah Dunia yang bersamaku kini? Siapakah mereka yang lain ini? Aku keliru dalam sendu.
Dek kerana aku berkawan dengan Dunia aku kenal ranjau-ranjau kehidupan, kemudian aku kenal dengan Cinta, dek kerana Cinta aku kenal akan Kasih dan Arak. Dek kerana Arak lah ibu segala punca aku mengenali Nafsu yang serakah!
Mereka sialan hidupku, Dunia yang mengajar! Aku mengikut! Lantas mereka menjadikan aku mangsa kehidupan!
***
"Kenapa dengan awak Jun? Awak nampak lain je hari ni?" Tanya bosku Mejuez kepadaku selepas peristiwa itu. Aku menceritakan hal yang sebenarnya kepadanya dalam sendu penyesalan yang teramat sangat dan hajatku untuk bertaubat kepada Yang Esa. Air mataku merembes keluar. Lantas aku mula bercerita segalanya...
"Aku lahir disebuah kampung dan ku labuhkan usiaku bersama si dia yang bernama Dunia. Sejak kecil lagi aku mengenali Dunia, dialah yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Setiap manusia yang kukenali, Dunialah yang mengajarku siapakah sebenarnya mereka itu. Takkala usiaku tiba ke pertengahan kehidupan. Ketika itulah aku sudah bangkit menjadi seorang remaja dan aku berhijrah ke bandar besar untuk mencari kerja bagi menampung kehidupanku bersama Dunia..."
GreenAppleKu : Apakah yang di kejar dalam hidupmu, berkali ku kata padamu, kita tinggal di dunia hanya sementara, penuh tipu daya.
Jun, selagi bernama manusia, kita tidak akan lari dari menerima ujian demi ujian. Selagi kita menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan ketika kita mencari jawapan kepada setiap ujian yang di hadapi, insyaallah ada jawapnya.
Sebaik manusia adalah manusia yang bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!