ADAKAH DIA JODOHKU ? - Eiza GreenAppleKu

ADAKAH DIA JODOHKU ?

Kata orang (orang mana saya tak pasti) jika di takdirkan seseorang itu adalah jodoh yang telah di takdirkan untuk kita, akan ada tanda-tandanya. Tanda apa ye? Dan di mana nak lihat semua tanda-tanda tersebut. (Boleh dijadikan panduan ker info ni ??!!@@##..) Mari bersama kita berfikir dan mencari kebenarannya.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Nota : Rasanya cukup dahulu tiga petanda untuk kali ini. Baki lagi tujuh akan menyusul pada bila-bila masa, bila-bila hari. Hehe..

Selamat berpuasa buat semua. 


3 ulasan

H.J berkata...

susah jugak nak kesan tu..hehe

GreenAppleKu.com berkata...

@ H.J , ehmmm oleh guna GPRS tak ? selamat berbuka puasa HJ.

logorithm berkata...

Betul semua tuh. Setuju...

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.