10.00 PM
Aku masih lagi mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan pada hari esok. Terdapat beberapa chapter lagi yang belum ku selak.

12.00 AM
Mataku sudah mula merasa mengantuk. Aku berniat mahu bangun awal esok pagi dan menyambung apa yang tinggal kerana kurasakan ku masih ada masa, sebelum peperiksaan bermula pada pukul 9.00 pagi. Selalunya sebelum peperiksaan, aku tidur lebih lewat dari hari ini.

9.40 AM
Aku terjaga dari tidur. Aku tersentak. Aku sudah lewat lebih kurang 40 minit. Aku sepatutnya berada di sana lebih awal. Aku kejutkan teman sebilikku. Aku menangis di depannya. Dia minta maaf kerana tidak mengejutkanku. 

Tetapi aku tidak menyalahkannya. Dia tiada peperiksaan hari ini. Aku tidak menyalahkannya. Sungguh. Ketika itu apa yang menjadi percaturanku samada mahu pergi ataupun tidak. Aku meguatkan diriku ketika itu. Temanku itu juga menasihatiku untuk pergi. Aku bersiap-siap dan terus pergi. Aku masih menangis ketika perjalanan pergi.

Ketika aku sampai di sana, aku berjumpa dengan pengawas peperiksaan dan meminta dia untuk memanggil pensyarahku. Pensyarahku datang kepadaku, dan aku merayu kepadanya. Dia menyatakan aku boleh menjawab peperiksaan itu, tetapi ia belum tentu diterima. Dia menyuruhku untuk berdoa. Kemudianya aku menjawab soalan peperiksan tersebut. Mujur soalan agak senang dan aku pernah mejawabnya di dalam kelas sebelum ini. Sepanjang peperiksaan itu, aku menguatkan diriku dan berkata, "Tak apa, yang penting aku dah buat yang terbaik". 

Tetapi, alangkah tersinggunya perasaan aku ketika sedang menjawab soalan kerana ada seorang pegawai yang lain berkata, "Awak tahukan yang ni tak confirm lagi boleh terima ke tak?". Aku ketika itu hanya menganguk dengan lemah. Aku amat sesal dengan soalannya. Aku juga tahu. Tapi aku amat mengharapkan semangat dari orang semasa itu. Bukan kata-kata yang merundum perasaanku ketika itu. Aku hanya mampu bersabar walaupun mataku secara tidak lansung berair.

12.00 PM
Peperiksaan tamat. Aku melihat teman-teman aku gembira kena peperiksaan untuk kertas itu sudah tamat. Ketika itu, aku marahkan mereka kerana tidak lansung mempedulikan rakan mereka yang selama ini di dalam kelas sentiasa bersama. Yang sebelum ini berkumpulan. Aku marahkan mereka kerana tidak lansung menghantar pesanan ringkas kepadaku. Dan aku paling marahkan seorang itu, kerana sebelum ini aku sentiasa mengajaknya ke kelas bersama-sama. Tidak pernah lupa. Tetapi ketika peperiksaan dia tidak lansung mempedulikan aku. Aku sedih. Kerana kurasakan, persahabatan kami kuat. Susah dan senangnya bersama.

Selepas itu, aku masih lagi memikirkannya. Menyalahkan semua orang disekelilingku. Aku sentiasa menangis apabila mengingatkanya. Apatah lagi, ianya adalah peperiksaan yang pertama. Aku sudah tiada semangat lagi untuk menjawab kertas-kertas lain. Aku merasakan semuanya gelap. Aku risau, tetapi ketika itu, mindaku dan hatiku sentiasa mengingatkan kejadian itu. Aku juga mahu melupakannya dan fokus kepada kertas lain, tetapi terlalu sukar.

Kemudian, aku berjumpa teman baikku. Aku bercerita dengannya. Aku menangis depannya. Dia mendengarnya. Aku amat terharu. Sebelum ini, semua rakanku yang lain seolah tidak mempedulikan masalah aku, dan meganggap itu hanya masalah kecil yang berpunca dariku. Betulah, Allah tidak menjadikan orang lain sia-sia untuk kita. Kita hidup adalah untuk membantu yang lain. Aku masih ingat. Hanya sepotong ayat yang merubah sepenuhnya pandanganku."Hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya". Aku terdiam. Ketika itu aku rasakan amat tenang. Seolah-olah aku melihat cahaya itu kembali.

Allah Maha Besar. Allah Maha Kaya. Allah Maha Kuasa. Segala yang di dunia ini adalah dari Allah. Kembalilah kepada Allah ketika hati ini gelap. Allah akan menunjukkkan kembali cahaya. Allahu Akbar.

...........

Hari berlalu hari. Hari ini, keputusan akan keluar. Sentiasa ada debaran setiap kali keputusan. Aku berdoa, "Ya Allah, semoga aku lulus untuk semua kertas, dan jika tidak, semoga aku dapat menerima ianya dengan reda" Keputusan pertama yang ku lihat adalah ketas tersebut, dan aku gagal. Tetapi ketika itu aku sudah reda. Aku hanya tersenyum ketika itu. Kerana itulah yang terbaik buatku.

Kini aku juga tidak lagi marah kepada yang lain, kerana aku tahu, ini semua adalah ketetapan Allah kepadaku. Juga bukan mereka tidak mempedulikanku, tapi kerana itulah ketetapan Allah. Redalah dengan semua yang terjadi. Aku tidak lagi menyimpan rasa dan kini hati ini sangat tenang. Lepaskan la, rasa marah itu.. Lepaskanlah semua dengan reda..

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
(Surah Al-Baiyinah 98: Ayat 8)



GreenAppleKu : Sedang mengambil pengajaran dari artikel di atas untuk mengajar hati agar reda dengan setiap ketentuan dariNya. Reda, boleh di gunapakai dalam semua urusan kehidupan kita.

Reda, jika bos naikkan gaji pada bulan hadapan. Reda, jika kenaikkan gaji tidaklah banyak mana. Reda, jika ada yang tidak lulus dalam interview kerja. Reda, jika baru lihat boyfriends/girlfriends keluar date dengan orang lain. Dan banyak lagi peristiwa serta kejadian yang boleh kita selitkan rasa REDA di dalamnya. Moga di permudahkanNya. Amin.

p/s : Jangan pula ada yang tersalah guna rasa REDA ini. Jika ada yang secara tak sengaja terlanggar kereta anda, sila minta ganti rugi. Ataupun bila en.boyfriends minta nak cium pipi, korang penampar jer dan minta dia reda dengan ketentuan dariNya. Mana boleh buat seperti itu sebelum nikah. Jangan get in to 'bunga-bunga zina'. Pegang-pegang tangan, cium-cium pipi. 


3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. sabar ye... mungkin ada hikmah disebaliknya.. sebab sy lalui perkara yg lebih kurang sama dgn awak.. keputusan exam sem lepas jatuh merudum.. tapi alhamdulillah semua lepas.. tak pernah salahkan org lain bila jadi mcm ni.. tanya diri sendiri..mana silapnya... walau apa pon, sy redha dgn ketentuanNya..

    have a great weekends... =D

    BalasPadam
  2. @ Izzat Nazmi Saiful Bahri,cantik dan panjang nama awak. nama dalam ic ker ni? yer betul apa yg awak komen tu, jgn salahkan orang lain diatas setiap ujian yg hadir dlm kehidupan kita. Kena semak semula di mana kesilapan dan kelemahan diri sendiri terlebih dahulu. (^^)...

    BalasPadam
  3. yup... nama dalam ic la ni... hee..(^^,)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama