Sesetengah lelaki memang sukar utk difahami..haha..


Hakikat kejadian lelaki yang perlu difahami wanita.
01.
Hakikat yang paling utama, yang juga menimbulkan persoalan di dalam diri wanita, iaitu'mengapa lelaki berpoligami?'. Persoalan ini tidak harus kita memandang ringan, kerana di dalam mencari jawapan kepada soalan inilah, wanita cenderung untuk menyalahkan diri mereka sendiri. Mereka mula menyalahkan diri mereka sendiri, apabila suami mereka berpoligami. 


Lebih memeritkan lagi bagi mereka, adalah kerana kebolehan berpoligami itu terkandung di dalam kata-kata Allah S.W.T, dan juga di dalam sunnah Nabi S.A.W. Ini bermakna mereka harus menerimanya, di dalam suka atau tidak. Hal inilah yang selalu diambil kesempatan oleh pihak lelaki, dan memaksa isteri mereka menerima poligami. Jelas, dua perkara ini adalah perkara negatif yang berlaku, dan jika kita sudah benar-benar beramal dengan kemurniaan Islam, mustahil perkara sebegini boleh muncul.
Sesungguhnya Islam itu datang untuk memberikan penyelesaian kepada permasalahan manusia, dan si Pengirim Islam itu pula adalah Dia yang menciptakan manusia, dan agama ini dibina di atas kefahaman-Nya yang sangat mendalam dan ilmu-Nya yang sangat luas berkenaan emosi wanita dan ego lelaki. Apa yang perlu kita lakukan, hanyalah mendengar dengan baik, dan membuka hati untuk beriman dan percaya kepada-Nya.
Maka dengan itu, perlu kita fahami hakikat yang pertama berkenaan kejadian lelaki adalah lelaki mempunyai keinginan untuk berpoligami, kerana sememangnya Allah S.W.T sudah menciptakan wanita dan seks itu sebagai keinginan para lelaki. Malahan kedudukan wanita di hati seorang lelaki juga merupakan kedudukan yang paling tinggi di dalam senarai perkara-perkara yang diingininya.
Perkara ini perlu difahami dengan teliti, dan juga berhati-hati. Penulis berkata sebegini, bukan untuk memberi tiket kepada pembaca lelaki untuk terus berpoligami, tetapi untuk kita sama-sama mengambil pedoman dan iktibar dengan hakikat kejadian kita. Ingat sentiasa bahawa kejadian wanita itu adalah ujian bagi kita, dan bagaimana dengan wanita kita boleh terjebak ke dalam perkara-perkara yang keji, jika kita tidak berhati-hati. Pandanglah penyataan ini sebagai amaran kepada kita semua, bukan untuk senda gurauan semata.
Bagi kaum wanita pula, di sinilah terletaknya jawapan tentang mengapa lelaki cenderung berpoligami. Pandanglah kenyataan ini sebagai sumber keyakinan di dalam diri. Ini kerana jika diajukan soalan 'mengapa perlu poligami?' kepada para lelaki, nescaya mereka juga tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Akibatnya, mereka meletakkan pelbagai alasan yang tidak munasabah, justeru melemahkan lagi keyakinan diri seorang wanita.
Mari kita lihat contoh yang ada di dalam sunnah Nabi S.A.W. Ibu kita Aisyah R.A, sebagaimana yang kita ketahui, merupakan wanita yang paling pintar pada zaman Rasulullah S.A.W. Malahan beliau merupakan periwayat hadis yang terbanyak selepas Abu Hurairah R.A. Berapa banyak ilmu rumah tangga Rasulullah S.A.W sampai kepada kita di atas kepintaran Aisyah R.A. Namun selepas berkahwin dengan Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W berkahwin dengan hampir 10 orang wanita yang lain. Adakah Rasulullah S.A.W tidak sayang pada Aisyah R.A? Selalu kita dengar orang ramai berkata,"kalau betul sayang, tak kan dia kawin lain". Penulis menyarankan agar mereka merujuk kepada kisah Rasulullah S.A.W. Begitu juga kita bertanya, adakah sesuatu yang sangat tidak kena dengan Aisyah R.A, sehingga baginda S.A.W memilih untuk berkahwin hampir 10 kali lagi selepas Aisyah R.A? Jawapannya, tidak sama sekali.
02.
Jika kita melihat kepada kejadian wanita dari sudut biologinya untuk memahami pemikiran mereka, maka kita lihat pula keadaan biologi seorang lelaki di dalam memahami mereka. Di antaranya:
  • Secara biologinya lelaki hanya mempunyai satu orientasi dalaman, iaitu orientasi seksual mereka kepada wanita.
  •  Berbanding wanita, lelaki lebih cenderung untuk berhubung-kait (attached) secara romantik. Ini kerana bahan kimia semulajadi PEA (phenylethylamine) mempunyai impak yang lebih besar kepada lelaki berbanding wanita.
  • Secara puratanya, lelaki mempunyai jumlah testosterone 10 hingga 20 kali lebih banyak dari wanita, dan ini meningkatkan keinginan seks melebihi kaum wanita.
Sebagaimana kita lihat, dari sudut kata-kata Allah dan Rasul-Nya, serta kajian sekular biologi juga memberikan kita perbezaan di dalam psikologi dan pemikiran lelaki dan wanita.
03.
Hakikat yang ketiga, adalah sebanyak mana dan sesusah mana untuk difahami seorang wanita, lelaki mempunyai kebolehan untuk menyintai lebih dari satu wanita dalam setiap masa. Oleh kerana perbezaan yang begitu besar di antara lelaki dan wanita di dalam aspek ini, mereka memandang perbuatan suami mereka untuk menyintai wanita yang lain sebagai perbuatan khianat kepada perkahwinan dan cinta mereka, satu dosa yang amat besar, dan sesekali tidak wajar dilakukan, walhal pada hakikatnya, ianya tidaklah sebegitu. 


Analogi yang selalu digunakan bagi menerangkan hakikat ini kepada kaum wanita, adalah analogi bilangan anak yang lahir hasil dari satu perkahwinan. Jika sepasang suami isteri sudah mempunyai seorang anak, yang kemudiannya mereka membuat keputusan untuk menambahkan lagi bilangan anak di dalam keluarga. Adakah ini bermaksud anak yang pertama itu sudah tidak lagi disayangi dan dicintai? Adakah ini bermakna sayang pada anak pertama itu sudah berkurangan, dan keputusan mereka untuk menambah lagi anak itu adalah pengkhianatan kepada anak pertama?
Bagi hati seorang lelaki, analogi ini 100% bertepatan dengan diri mereka, walau sesusah mana seorang wanita memahaminya. Sebagaimana penulis garapkan di atas, marilah kita menilai perkara ini melalui sunnah baginda S.AW. Jika benar seorang lelaki itu menyintai seorang wanita lain, selain isterinya yang awal, yang juga dinikahinya dengan ikatan akad nikah yang sah di sisi Allah itu benar dikira pengkhianatan, maka Rasulullah S.A.W lah pengkhianat yang terbesar di dalam sejarah manusia! (subhanallah, haasya lillah, wa iyaazu billahs)


GreenAppleKu ; Sedang cuba memahami apa yang baru dibaca. 

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama