Di suatu petang, di halaman rumah di dalam sebuah kazebo, kelihatan dua isteri orang sedang berborak petang bertanya khabar hal keluaga masing-masing.

"Suami aku seorang yang romantis, bertanggungjawap, dan caring. I really love him very-very much. " 

"Waa..bertuah kau Lisa, dapat suami seperti Zack. Tapi takkan tak ada perkara yang kau rasa sedikit tak best dengan suami kau tu " sambil kunyah keropok ikan cecah sos cili, sambil Maya sibuk bertanya hal suami Lisa.

"Ehm, buat masa ini, dia adalah lelaki yang terhebat dalam hidup aku. Cuma, Zack ni susah sikit nak bersolat. Kalau aku ajak solat bersama, ada saja alasan dia. Itu yang rasa sedikit tak best tu. " Lisa pun turut sama mengunyah keropok ikan. Asyik Maya sahaja yang makan, tergugat selera Lisa dibuatnya.

"Alah, itu perkara kecil Lisa. Aku ingatkan suami kau dah ada perempuan lain. hehe.."

"Apa! ada perempuan lain. Ha, kalau dia berani buat macam tu, tahulah dia siapa aku. Ini, anak guru silat ni. " keropok ikan di tangannya, di cecah-cecah ke dalam sos melepaskan kemarahannya. 

Nota : Mana lebih jahat, suami kahwin lain atau suami yang tidak solat. Kesian nasib keropok ikan tu menjadi mangsa kemarahan Lisa.

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. zaman skrg bab agama dah jadi no 2.

    BalasPadam
  2. @ delarocha, tu lah, kecoh betul, suami tak solat tak marah lak tu tapi bila dgr ada perempuan lain, dah angin satu badan. awak cam na lak yer? hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama