My Instagram

TEGUHKAN KEPERIBADIAN ANDA



GreenAppleKu tetap greenappleku..


Just be your self ! Yakni, jangan mudah mengenakan dan meniru-niru ciri keperibadian umat lain. Kerana itu akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu.

Orang-orang yang lupa dengan diri sendiri, suaranya, gerak tubuhnya, ucapannya, kemampuannya, dan keadaannya sendiri, kebanyakkan akan meniru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan melatah, mengada-ngada, berpura-pura dan kehilangan jati diri.

Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain ; tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini, belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.

Kerana itu jangan memaksa diri anda untuk meniri-niru keperibadian orang lain. Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku anda sendiri!

Hiduplah sebagaimana anda diciptakan; jangan mengubah suara anda, dan jangan pula mengubah cara berjalan anda. Tuntulah diri anda dengan wahyu Ilahi, tetapi juga jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri. Jangan sekali-kali mengingkari tanda-tanda kebesaranNya.


Sumber : Don't be sad.


6 ulasan

Jahidih Saili berkata...

kembali kepada fitrah..

delarocha berkata...

menjadi diri sendiri lebih baik. tak perlu berpura pura. sampai bila mahu berlakon?

GreenAppleKu.com berkata...

@ Jahidih Saili, betul tapi mengapa mereka lebih suka menjadi orang lain dari menjadi diri sendiri. Salam perkenalan dari saya dan kita bernaung di bawah lambang Astrologi yang sama..hehe..

James Alexander berkata...

menjadi diri sendiri lebih baik dari menjadi org lain...


soundtrack yg bersesuaian dgn post ni : audioslave - be yourself

GreenAppleKu.com berkata...

@ delarocha, sampai bila mahu berlakon kan?!! Udah-udah ler. :)

GreenAppleKu.com berkata...

@ James, sesangat menghargai semua rakan blogger yang baik hati. Cadangan awak tu akan menampakkan artikel ini lebih awesome! TQ.