My Instagram

SEKIRANYA TAKDIR MENGUJI CEKALKANLAH HASRAT DIHATI..

Tabiat untuk mengingkari, membangkang dan meremehkan suatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia. Kerana itu anda tidak perlu hairan dan resah apabila mendapati mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang telah anda tunjukkan, serta melupakan bakti yang telah anda persembahkan.

Bahkan anda tidak usah resah apabila mereka pun memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah justeru keranan anda berbuat baik kepada mereka.

Berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata, maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan terusik oleh kebencian mereka, dan tidak akan merasa terancam oleh perlakuan keji mereka!

Anda harus bersyukur kepada Allah kerana dapat berbuat baik ketika orang-orang disekitar anda berbuat jahat. Dan, ketahuilah bahawa tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.





Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Nota : Bila sesekali saya rasa DOWN, love this song..



6 ulasan

Abang Long berkata...

Salam...lagu sedap bermesej. Bila berbuat baik mengharapkan balasan dr org lain bukan sekadar tiada nilai keikhlasan malah akan luluh perasaan bila balasan yg diharapkan tiada..

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara-part-2.html

Подтверждаю berkata...

as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

ya..denga harapan..moga2 apa yang kita lakukan, diredhai-Nya..
ameen..

terima kasih berkongsi pendapat,cerita dan teguran~

Entri Terbaru saya :

WIDGET TRAFIK PERCUMA..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Abang Long, terkesima membaca komen dari abang long.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Подтверждаю , terima kasih keran sudi terjah dan komen. ; )

Diyana berkata...

Woww,lirik dia best untuk didalami

Phoenix berkata...

Lagu yg best :)