QADHA' DAN QADAR - Eiza GreenAppleKu

QADHA' DAN QADAR



Apa yang membuat anda benar tidak akan membuat anda salah. Sebaliknya apa yang membuat anda salah tidak akan membuat anda benar. 

Jika keyakinan tersebut tertanam kuat pada jiwa anda dan kukuh bersemayam dalam hati anda, maka setiap bencana akan menjadi kurnia, setiap ujian menjadi anugerah, dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

Kerana itu jangan anda merasa gundah dan bersedih dikeranakan suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta, atau rumah terbakar. Betapa pun, sesungguhnya merupakan sesuatu yang telah Allah takdirkan dan semua yang telah menjadi takdir Allah pasti akan terjadi.

Kita tidak mempunyai pilihan lain, selain menerima takdir itu, kerana Allah lah yang berhak menentukan. Dengan adanya cubaan, anda justeru mendapat pahala dan dosa, anda pun diampuni.

Maka berbahagialah orang-orang yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang.

Anda harus menyerahkan semua hal kepada takdir agar tidak ditindas oleh kebencian, penyesalan dan kebinasaan. Dan percayalah dengan kebenaran Qadha' sebelum anda di landa banjir penyesalan!

Dengan begitu, jiwa anda akan tetap tenang menjalani segala daya upaya dan cara yang memang harus ditempuh. Dan apabila kemudian terjadi hal-hal yang tidak anda inginkan, maka itupunmerupakan sebahagian dari ketentuan yang memang harus terjadi.

" Seandainya aku melakukan begini dan begini, nescaya akan begini dan begini." Akan tetapi katakanlah: " Semua yang telah ditakdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi. " (Al-Hadith)


Sumber : Don't be sad.

3 ulasan

delarocha berkata...

sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan dugaan melainkan kamu mampu menghadapinya.

anismelon berkata...

sakit itu penawar luka..sakit itu menambahkan lg pahala kite..sakit mendekat kan lg diri kite dgn Allah..

semua yg berlaku bersesuaian dgn kehendak Allah..redha..:)

James Alexander berkata...

betul...

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.