PANTANG LARANG PEMAKANAN BAGI PENGIDAP KANSER - Eiza GreenAppleKu

PANTANG LARANG PEMAKANAN BAGI PENGIDAP KANSER




1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian

3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain
Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

6) Daging merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa, khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Sayur, buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun, kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama, sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin dan lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.
11) Makanan yang dipanggang, di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang, lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Sayuran, buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)



GreenAppleKu : Untuk info yang lebih lanjut dan kepada yang tercari penawar untuk kanser, sila blogwalking ke sini. 


" Keturunan saya mana ada kanser. Artikel ini saya tak yah ambil kisah pun."


Tidak salah jika kita mengambil langkah pencegahan awal. Penyakit kanser ni bukan sahaja berpunca dari keturunan. Ada pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan kanser. Sayangilah kesihatan anda!



10 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Haa jenuh... biskut kering la jawabnya...

Btw, mencegah lebih baek dari mengubati...

ASCA

delarocha berkata...

klu dah dapat penyakit, memang macam macam pantang larang nya

Mohamadazhan.com berkata...

banyak juga tak boleh makan ni...huhu

penyakit kebanyakkan bermula dengan pemakanan..susah nak jaga makan ni, jnis kuat makan pula saya ni...

GreenAppleKu.com berkata...

@ Tanpa Nama, biskut pun biskut ler. Btw, betul sangat tu, mencegah lebih baik dari mengubati. ;)

GreenAppleKu.com berkata...

@ delarocha, tetapi kebanyakkannya ' pantang nampak jer' hehe..

Nak cepat sihat dan sembuh, kenalah berpantang. Kena kuatkan semangat.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Mohamadazhan.com, memang byk tapi think positif. Nak cepat sihat, nak cepat sihat.

Amni berkata...

auntie saya sakit buah pinggang.. sekarang setiap 3 kali seminggu kena buat kimo.. huhu...

Подтверждаю berkata...

as salam..
wah! wah! wah!!!
saya suka enri ini!!
fakta! yum2..

kalau kentang, macma mana pula ya?
kentang ada solenin. boleh menyebabkan keracunan jika sebelum disediakan, didedahkan kepada cahaya matahari.

ramai orang tak tahu pasal ni. bahaya kentang yang didedahkan keapda cahaya matahari walaupun sekejap..

adei..
thanks bagi info dan link

=)

Tanpa Nama berkata...

Ibu aku sakit kanser usus..sedih tk payah nk kata tp saya kena tabah dan kena rajin mencari info mengenai kanser..hargailah orang yg paling kita sayang di dunia ni...

Tanpa Nama berkata...

ada yang cakap gamat sesuai bg psakit kanser tpi sini pula ckap x ssuai mngambil gamat mana la yg betul ni..nanti cakap air putih pun x boleh mnum..itu lah ini lah..bgus tdk payah makan n mnum apa2 huhu. org yg mnghidap kanser pun bingung nak ikut mana 1..

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.