My Instagram

MENYESAL




" Kenapa dah lama you tak call atau sms i yer ?" Lisa sms kepada Zack.

" Busy dengan kerja. " Zack reply sms Lisa.

" Oic, so bila you free ? Lama kita tak jumpa kan. " sms Lisa lagi.

" Not sure lagi. Kerja tengah banyak. Progress projek tengah berjalan lancar. Mana nak turun ke site. Mana nak meeting. Hope you understand okay. "

Reply dari Zack yang menambah rasa marah pada Lisa. Bergetar bibir Lisa menahan rasa marah, rasa terkilan dan rasa kecewa yang amat sangat. 

" You kat mana sekarang ni. Kita dinner sekali ya. " 

" I still kat office. Tengah siapkan minit mesyuarat untuk meeting esok pagi. I dinner kat office jer. Lain kali kita dinner sama-sama. "

" Kat pejabat you pun takper. Sebelum ni pun i pernah dinner di sana dengan rakan sepejabat you sekali kan. You ingat lagi tak? Yang i belanja KFC tu? "

" Lisa, please understand me, bukan malam ni. You tak faham ker. "

" Memang i tak akan faham. You nak tahu kenapa? " sengaja Lisa menghantar separuh sahaja sms tersebut. Meninggalkan Zack tertanya-tanya.

" Haa..kenapa. Cuba you beritahu i apa masalah you yang sebenarnya. " penuh keegoaan sms dari Zack yang diterima Lisa.

Sudah lebih dari 5 minit, Zack menanti sms dari Lisa. Tiada balasan. Jauh di sudut hati Zack, ada rasa yang kurang enak,hadir menjelma dengan tiba-tiba. Zack terus menghantar sekali lagi sms pada Lisa.

" Apa yang you nak beritahu i tadi Lisa. Jangan main-main dengan i. Kan i dah beritahu you, i ada minit mesyuarat yang perlu i selesaikan ni."

Tiba-tiba Zack terasa bahunya di cuit dari belakang. Segera Zack menoleh. Lisa????!!! Gulp....

Zack tertelan air liur sendiri sebaik sahaja melihat Lisa terpacak di hadapannya. Pucat wajah Zack ketika menghadapi situasi yang tidak di sangkanya itu. 

" I tak nak cakap banyak. Bagi balik kunci kereta i. Dan pertunangan kita putus. You dengar kan. Putus." 

Peluh jantan mula membasahi wajah Zack. Dan perlahan-lahan merayap keseluruh tubuh Zack yang semakin dirasakan tidak enak lagi selesa itu. Terkebil-kebil mata Zack melihat Lisa.

" Sayang, siapa perempuan ni. Dia kata dia tunang you. You dah bertunang ker? " manjanya pertanyaan dari Maya, perempuan yang berada di sebelah Zack. Sambil peluk lengan Zack, sambil memandang Lisa penuh kebencian.

" Hello, kalau kau nak tahu, Zack ni tunang aku. Tapi itu untuk setahun yang lalu. Sekarang tak lagi. Zack, mana kunci kereta i. Cepat bagi balik."

" Hei, tadi you kata, you dah putuskan pertunangan kan. So, kenapa nak minta kunci kereta Zack pula. "

" Eh, yang kau beriya-iya mempertahankan Zack ni apasal ha. Dan untuk pengetahuan you, kereta tu, kereta i. I yang pinjamkan Zack sebab Zack tak mampu nak beli kereta mahal-mahal cam tu. Zack ni bukannya anak Dato pun. Jawatan yang dia ada sekarang pun sebab i. Company tu,company bapa i."

Hilang segala tutur yang penuh kesopanan dari Lisa. Apa hak Zack dan Maya untuk berlakon di belakangnya lagi. Cukup. Sandiwara ini harus ditamatkan segera.

" I tak percaya. I tak percaya. Mana mungkin you anak Dato. Penampilan you tidak mengambarkan identiti seorang anak Dato. Bertudung dan berjubah. Ini ke penampilan seorang anak Dato ?" 

" Habis, yang you fesyen dedah-dedah ni anak Dato ker ?" Soal Lisa pada Maya yang entah apa-apa mulutnya. 

" Kurang ajar you...." 

" Hei!!! sudah. Sudah. Jangan awak berdua bertekak di sini. Maya, you please diam. Apa yang Lisa kata tu, semuanya benar. I tunang Lisa. Kereta tu kereta Lisa. Kerjaya i sekarang pun di sebabkan Lisa. I am nothing without you Lisa. Lisa, i minta maaf. Please jangan putuskan pertunangan kita ni. "

Zack terasa seperti ingin di pegangnya tangan Lisa. Namun Zack tahu, itu semua mana mungkin. Lisa seorang wanita yang amat menjaga batas-batas pergaulan dalam agamanya. Sepanjang tempoh mereka bertunang, tidak pernah sekali pun Zack dapat memegang tangan Lisa. Setiap kali mereka keluar bersama, Lisa akan bawa bersama anak saudaranya sebagai orang ketiga. Lisa benar-benar sebagai watak Heliza Helmi dalam filem Syurga Cinta.

" Keputusan i muktamad Zack. Setakat ini sahaja pertunangan kita. I tak layak untuk you Zack. Maya yang lebih layak. "

" Lisa, please. Jangan buat i macam ni. I...."

" Zack, just pulangkan kunci kereta i. Dan lama i tahu yang i bukan pilihan you. Jika tidak, kenapa you sanggup tiduri Maya? Dah la, i tak nak cakap banyak. Kunci kereta i please."

Dalam keterpaksaan, Zack memulangkan kunci kereta BMW kepada Maya. Memang dirinya dirasakan benar-benar tidak layak untuk Lisa.


Nota : Nak sambung ker tak cerita ni yer? Penulis asal cerita ni, blogger baru. Sila terjah ke blog beliau untuk berkenalan. :)


4 ulasan:

  1. menyesal ku akui, tak terima cintamu, dan kini engkau pergi, meninggalkan hidupku. :P


    6ixth sence - menyesal

    BalasPadam
  2. @ suffer8zine, dah nyesal pun tak guna dah kot. Apa kata kalau Zack nyanyi sekali lagu TANPA, 6ixth sence .haha..

    BalasPadam
  3. haha.. kantoi beradap..

    tapi kan, cmna lisa tau zack pernah tiduri maya eh? kna tggu smbungan ke? :D

    BalasPadam
  4. @ Solihin Zubir , knplah g tanya soalan tu. Nampaknyer to be continuelah yer.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!