MANA HALA TUJU ARTIS ISLAM KINI YER..

Ada sesiapa yang tonton drama Jemaah Kolestrol tak? Drama ini menyentuh isu kesihatan, kepercayaan karut dan agama. Seorang anak muda, lulusan pelajaran usulludin dari Jordon menegur sikap sebilangan ahli masjid kerana mempercayai kononnya puaka yang terdapat di sebuah perigi lama menjadi punca kematian tiga orang setiausaha masjid di kampung tersebut.

Anak muda tersebut yang juga seorang blogger sambilan, cuba menyedarkan kepercayaan karut kumpulan ahli masjid tersebut agar mereka tidak syirik! Punca sebenar kematian ketiga-tiga setiausaha adalah kerana tidak menjaga kesihatan dengan baik. 

Setiap kali bila ceramah agama diadakan, ajk masjid tersebut lebih menitik beratkan bab menu makanan dari isi ceramah yang hendak di adakan. Memang melucukan bila ceramah yang diadakan tak sampai setengah jam tapi bab menjamu selera lebih dari setengah jam!

Secara keseluruhannya, mesej yang hendak disampaikan dalam drama ini dah cantik. 

Yang tidak cantiknya, bab berpegangan tangan di antara anak muda yang memperjuangkan isu agama dengan doktor wanita, yang pada masa itu belum lagi menjadi isterinya. Yang pelakon wanita tu pun, dah comel dan cantik berlakon sebagai seorang doktor yang menutup aurat, tiba-tiba buka tudung ketika berada di rumah.

Herm dari best-best layan drama tersebut, terus mematikan minat saya untuk mengikuti. Setakat ini, saya tabik dengan lakonan Heliza Helmi dalam filem SYURGA CINTA. Itu barulah contoh pelakon wanita bertudung dan menjaga batas-batas pergaulan dalam Islam. Diluar dunia lakonan pun, perwatakan Heliza tetap sama.

Tidak seperti sesetengah artis, dalam lakonan muslimah habis tapi perwatakan sebenar lebih teruk dari lakonannya. Okay saya faham, itu kehendak pengarang/pengarah/watak/skrip. Dan nama pun BERLAKON. 



17 ulasan:

  1. artis islam kat malaysia ada hala tuju ke?

    BalasPadam
  2. anis suke syurga cinta..xperanh jemu pon even dah bnyk kali tngk and tygkn kt tb..:)

    anis na ajak bace nie..bace and komen kalo free..post for da 2nd time..

    http://anismelon.blogspot.com/2011/06/sampai-menutup-mata.html

    BalasPadam
  3. @ Faris, susah nak jawap tu..haha..

    BalasPadam
  4. @ anismelon, cerpen anis ker ni?..

    BalasPadam
  5. as salam..
    oo..cerita tadi..
    haih..tak dapat tengok sampai habis.diganggu oleh makhluk huduh kat highway karak.

    oo.. dia berpegang tangan walaupun sekadar berlakon.. hm..pengarah, pelakon, semua yang terlibat kerana tak menegur. mungkin?

    perempuan yang macam gedik2 tu, muka dia macam neelofa..huhu..

    bila sebut mana hala tuju artis, wallahu'alam..jika mereka silap, kita yang beringat ni,tolong tegur mereka

    =)

    BalasPadam
  6. Dunia artis sangat menguji keimanan. Saya Ada kawan meletup setelah bergelar artis. Namun berakhir dgn kematian kerana dibunuh suami kepada seorang perempuan yg dia jalinkan perhubungan cinta.

    BalasPadam
  7. itu namanya tak de pendirian.sekadar berlakon sahaja

    BalasPadam
  8. @...., diganggu makhluk huduh kat karak highway? Cam tajuk filem jer..hehe..

    BalasPadam
  9. @ Phoenix, mati di bunuh? Agak menyeramkan dan dah terbayang bertapa terseksanya azab yg di tanggung saat menghadapi situasi tersebut.

    Orang yg bunuh dia tu, orang Islam gak ker?

    BalasPadam
  10. @ Rozuan, sekadar lakonan sahaja kan.

    BalasPadam
  11. xdpt tgk semalam..baby ngamuk nak tidur tehehe..

    BalasPadam
  12. susah nak cari artis yg bertudung didalam dan diluar set penggambaran. Kebanyakkannya bertudung sebab tuntutan watak..pastu bukak semula

    BalasPadam
  13. @ Wanita Mutalib, haha..baby kalau dah mengamuk, dengan mak baby pun boleh terlena..hehe..

    BalasPadam
  14. @ delarocha, adalah..HELIZA HELMI, hehe..suka lihat perwatakan dia diluar, tetap sama. Awak ada fb dia tak? Cool lah dia.

    Tapi kenapa lately ni dah jarang dpt lihat dia berlakon? Diskriminasi ker? Lebih baik kita tonton Transformer, hati tak sakit dek kerana melihat manusia hiprokrit.

    BalasPadam
  15. bnyk lagi yg perlu diperbaiki dlm ddrama melayu ni.. tapi bab makan mmg wajib la kalo cite melayu ni.. heHE

    BalasPadam
  16. @ ejulz, yup that right, byk lagi penambah baikkan yg perlu di lakukan kecuali bab makan! Erk..

    BalasPadam
  17. @ Greenappleku: Dia dibunuh oleh suami perempuan yg dia jalinkan hubungan tu. Suami perempuan tu melayu islam.. Tapi sampai sekarang keluarga artis tu (mak ayah dia ) tak mengaku mayat anaknya itu.. Mereka tak dapat terima kenyataan..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!