LELAKI LEBIH SENGSARA DARI WANITA BILA PUTUS CINTA ?

Menurut kajian , nisbah lelaki membunuh diri kerana putus cinta ialah 3: 1 .. huh.. lelaki lebih sengasara bila putus cinta ? Betul ke ? Giler la sampai bunuh diri !! Apa kes ni ? Nape nak frust sangat bila putus cinta ?

Aku rasa antara mereka yang sengsara ni bila fikir tentang duit yang habis.. mungkin siap berhutang dengan along sebab melayan kerenah awek dia yang dok mengikis duit dia ??? Aku tak hairan kes perempuan kikis duit lelaki ni.. mmg wujud .. lebih lagi kaki fesyen... hehe... jgn marah aa.. tapi tu silap jantan tu gak.. sapa suruh layan kerenah dia ? asal bila jumpa je , mesti nak bagi hadiah yang macam macam.. mahal mahal lak tu.. jadi di sini ...aku lebih salahkan lelaki ..

Kedua faktor masa yang dihabiskan.. makan bertahun tahun.. hehe.. maunya tak frust ? Perempuan pon begitu gak.. mesti tensen bila pk masa ...

Ketiga , ahli keluarga semua dah kenal.. kena lak awek cam bidadari... atau bergaji besar atau anak datuk ?? hahaha.. frust wehh.. satu kampung dah tau..

Bagi aku.. toksah la frust.. frust sekejap boleh... pastu dah... cari je yang baru.. berlambak weh perempuan kat luar tu... sebelum nak cari tu , sila cermin diri dulu yer... hehe..


GreenAppleKu : Eh iyer ker lelaki lebih sengsara sebab kebanyakkan yang saya jumpa dan lihat, okay jer mereka ni. Releks jer cam takder apa-apa yang terjadi. Siap boleh gelak-gelak dan makan-makan ngan kawan-kawan. Lainlah kalau perempuan, ada yang sampai bengkak mata, mata panda dan ada yang terpaksa ambil mc sebab nangis terkenangkan kekasih hati yang dah tersasar cintanya pada orang lain. 

Saya? Erk..No men no cry..(very busy, no time untuk bercinta sebab hari-hari sibuk up date blog )huhu..


15 ulasan:

  1. laki die saje je tunjuk rilek..kontrol beb..xmacho la nak nangeh2..keh3:P

    BalasPadam
  2. @ n!cK, ni kira dalam hati ada hujan ler ni..hehe..

    BalasPadam
  3. as salam..
    <--tak faham cinta. sebab tu stau single sampai sekarang. haha

    oh! kurang tepat dan tepat~
    lelaki tak terkesan sangat.pada saya la.macam saya sendiri.
    tak faham cinta sesama manusia. maka jika bercinta, mudah-mudahan , rasa 'tak faham' tu banyak membantu. hehe

    ada kawan kepada kawan,pun alami situasi sama. kata nya mudah, hilang harapan untuk membina baitulmuslim, tak mengapa. jangan hilang redha-Nya keatas diri.

    alhamdulillah..beliau sekarang dah pun berkahwin dengan insan yang lebih baik pada mata saya.

    =)

    saya juga mahu begitu >_<
    uh..perkuatkan iman dan amal

    =)

    BalasPadam
  4. laki x kn tunjuk betapa frustnye depa...tapi besenye perempuan la yg teruk huhu

    BalasPadam
  5. salah...no women no cry

    BalasPadam
  6. eh??
    macam mana nik eima sesat kat sini.
    haha~

    eleh nik. laki mesti la cool~
    kan banyak beban yang dipikul. kalau lembut, ish.. baru diserang badai air paip dah rebah.

    apa kes >_<

    maka..eh! hari tu jumpa kembar lagi kat alamanda. haha

    =p

    BalasPadam
  7. Lelaki kebanyakannya "kebal" ... tapi sekali menitis air mata, terkesanlah kat hati tu .. he he he

    BalasPadam
  8. @ azam, itu kalau lelaki yg frust, kalau utk perempuan kan dah jadi NO men No cry..hehe..

    BalasPadam
  9. lelaki x suka tunjuk perasaan dia...tu sbb diaorg lagi sengsara,xdpt nak luah prasaan tu...
    follower baru di sini..

    http://blogakuummi.blogspot.com/2011/06/jom-gelak.html?showComment=1308632241995#c2150773047424376355

    BalasPadam
  10. betul tu,,,jarang nampak lelaki yang menangis sebab putus cinta... masa tido kut diorang nanges... depan orang and kawan2 kena cover ar... if x,,memang kena bahan...hehehe

    dah penat menangis..skang masa untuk bahagia lak.. :)

    http://ladybulan.blogspot.com

    BalasPadam
  11. lelaki tak suka tunjukkan perasaan mereka..
    bukan ego cuma tak nak nampak yang mereka tue insan yang lemah..hehe..
    betol kan wahai kaum lelaki???..
    setuju jugak lelaki lebih frust menonggeng selepas putus cinta daripada perempuan.. heee.. :D

    BalasPadam
  12. ahaha.. sy stuju..
    sbb pernah alami msa putus cinta pertama dlu.. ;-p

    p/s : blom jumpa calon lg ni.. ada nk rekemen ke? hehe.. ;-p

    BalasPadam
  13. @ Solihin, yer, saya ada baca dlm blog awak. Stay cool okay. Kalau ada, adalah. Jika tiada tentu ada hikmahnya yg kita sendiri tidak tahu kenapa jodoh kita masih belum kunjung tiba.

    Peluang bersendirian ini kita gunakan utk memperbaiki kelemahan diri, tingkatkan iman, perdalamkan ilmu Islam moga bila tiba saatnya, cinta kita itu membawa hingga ke syurga. Hope 1 hari nanti, i got my men. huhu..

    Tlg rekemen? Insyaallah, tapi nak kena submit info sikit, umur berapa, kerja apa, gaji berapa, asal negeri mana, merokok ker tak, tahap kesabaran level berapa. Kot2 lah saya terjumpa calon yg sesuai, senang nak rekemenkan.hehe..

    BalasPadam
  14. @irah-aku.ummi, tq sebab sudi baca, komen dan follow blog ini. salam perkenalan dari saya juga yer..

    BalasPadam
  15. @ mOoN IzzaN, moga kebahagian awak membawa ke syurga. Amin. :)

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!