LAPORAN KHAS ; WANITA MUDA SEDIA BERMADU



GreenAppleKu : Kajian adalah kajian. Jangan pula ada yang mengunakan hasil kajian ini sebagai alasan untuk berkahwin lagi (suami) ataupun berkahwin dengan suami orang (wanita). Realiti kehidupan ber'madu' tidak seindah hasil kajian mahupun testimoni. 

Lebih banyak stress dan sakit jiwa yang dialami oleh suami kesan dari berpoligami. Namun ada juga yang kehidupan poligaminya aman kerana ianya berlandaskan tuntutan agama. Bukan tuntutan nafsu. Mahupun tuntutan hendak hidup mewah.

Semak iman di dada, semak status ekomoni diri sendiri (bukan ekonomi isteri pertama), jika semuanya okay, baru pasang niat hendak berpoligami.  


KUALA LUMPUR 12 Jun – Wanita negara ini terutama berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka untuk hidup berkongsi kasih atau bermadu berbanding dengan mereka melepasi usia tersebut. 

Kaji selidik rambang Utusan Malaysia ke atas 400 responden sekitar ibu kota mendapati, walaupun jumlah yang menentang poligami melebihi daripada kumpulan menerima, namun terlihat perubahan baru apabila golongan wanita muda tidak lagi kisah dengan status bermadu.

Berdasarkan jumlah responden ditemui, sebanyak 46 peratus atau 182 akan membenarkan bakal suami atau suami mereka berpoligami. Daripada 182 responden itu pula, hampir 60 peratus atau 108 orang adalah terdiri daripada wanita muda berusia di bawah 30 tahun.

Sementara itu, sebanyak 53 peratus atau 213 responden, kebanyakannya berumur lebih 30 tahun pula lebih rela bercerai jika suami mereka berkahwin lain manakala satu peratus lagi secara berterus-terang mengatakan tidak berminat untuk mengetahui tindakan suami di belakang mereka.

Antara alasan diberikan mereka yang enggan berpoligami ialah tidak sanggup berkongsi kasih sayang selain mengaitkannya dengan tahap kemampuan kewangan seseorang lelaki itu.

Bagi yang bersedia untuk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa kerana tindakan itu dibenarkan oleh agama.

Dalam masa sama, mereka lebih menghormati suami yang bertanggungjawab dan jujur.

Berhubung soalan tentang punca wanita muda mudah terpikat kepada lelaki berstatus suami orang, ramai memilih faktor kewangan kukuh dan sikap romantik ditunjukkan mereka.

Sementara itu, berkaitan soalan - jika anda bercinta dengan suami orang, sanggupkah anda bernikah secara senyap-senyap di Thailand, hasil diperoleh ialah sebanyak 89.5 peratus responden memberikan jawapan tidak sanggup manakala 10.5 peratus lagi bersedia menghadapi apa sahaja rintangan.


p/s : Terima kasih kerana sudi terjah, baca, senyum sorang-sorang di blog picisan ini.


Ulasan

Phoenix berkata…
setuju dgn ulasan greenappleku, banyak yg perlu dipertimbangkan bila hendak berpoligami ni. Status kewangan suami terutamanya mesti dipertimbangkan.
James Alexander berkata…
tak pernah terfikir...

tak tahu...

dan tak kisah...

kerana masih sibuk mencari yg satu...
Sabihah berkata…
tak berani nak komen byk2...kite tak tau ape yang menanti kita satu hari nanti kan??yang penting, kalo mampu, siapa kita nak halang...agama pun menghalalkan..hmmm... -_-
GreenAppleKu.com berkata…
@ Sabihah, betul agama menghalalkan dan disebabkan itu ramai yg menggunakan alasan agama bila sentuh bab berpoligami ini. Tapi kalau berkemampuan sekali pun, sanggupkan hidup di dalam suasana 'seperti ada yg tidak kena'.

Dinasihatkan kepada yang mungkin terjebak dlm permasalahan ini di kemudian hari, kena jujur pada pasangan. Bawa berbincang. Nak gaduh pun gaduh ler masa tu. Semoga ada keputusan yang adil untuk semua pihak. Byknyer yg jadi masalah bila kahwin secara senyap.
GreenAppleKu.com berkata…
@ Phoenix , yup status kewangan suami adalah antara faktor yg perlu dipertimbangkan. Ada satu kes, isteri yg hartawan, suami di beri tempat dlm syarikat. Ramailah gadis muda yg pasang impian sanggup bermadu padahal tak tahu the true story pun..haha..
GreenAppleKu.com berkata…
@ James, eh, kena fikir dan ambil kisah James. Cam saya ni dah kira jadi tempat rakan2 meluahkan masalah rumahtangga. Tidak beri komen, kesian lak tgk mereka yg tengah stress di landa ujian.

Syukur ada sedikit ilmu pengetahuan. Harap dpt membantu bersama-sama cari perdamaian.
pada wanita wanita muda yang teringin sangat nak bermadu tu.. Kalau rasa gembira dengan melihat kehancuran kebahagian orang..Kalau rasa tak bersalah memisahkan dan memecahbelahkan sebuah keluarga..teruskanlah..... Itu terpulang pada diri masing masinglah... Just dont mess with my hubby or you'll be sorryyyy.. sambil melipat lengan baju wakakakakakakakakakakakaka
GreenAppleKu.com berkata…
@ ADZA IRDAWATI aka MAK DARA, tq sebab drop komen..hahaha..suka ayat

Just dont mess with my hubby or you'll be sorryyyy..
qucachahir berkata…
hehehe.. Mak Dara klaka lah.. ;)
nasib baik kite tak dew hubby lagi..hihi..
tak berani nak komen jugak..
hope..tak mau berpoligami..
walaupown dalam islam dibenarkan..
sifat cemburu saya kuat..hehe.. :D
GreenAppleKu.com berkata…
@ qucachahir , bagus sebab sedar akan kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Anda tidak hipokrit. Insyaallah.
Ayen... berkata…
masa tengah angau memang semua boleh pastu bila nak menanggung nanti yang x semua boleh...
qucachahir berkata…
insyallah sis..! :)
GreenAppleKu.com berkata…
@ Ayen, boleh tahan gak komen awak ni tengah angau ler katakan..hehe..
Rosey Yahya berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
razmi5 berkata…
memang setuju dengan poligami yang baik....agama tidak melarang.cuma ramai wanita yang takut..kena ubah fikiran.