Khamis, 9 Jun 2011

KAHWIN DAHULU BARU BERCINTA, ADAKAH MASIH RELEVAN DI ZAMAN INI. APA KOMEN ANDA ?

Sekadar borak kosong, bersama kita memberi pendapat mengenai tajuk artikel, KAHWIN DAHULU BARU BERCINTA, ADAKAH IANYA MASIH BOLEH DIGUNAPAKAI DI ZAMAN INI ? 


Hidup ini penuh pementasan dan drama.

Ada orang yang jatuh cinta kerana harta/aset yang dimiliki oleh seseorang. Ada orang yang jatuh cinta pada waraknya seseorang. Ada orang jatuh cinta kerana cantiknya seseorang itu. Ada orang yang jatuh cinta kerana besarnya pengaruh seseorang itu.

Kepada yang tidak mempunyai point seperti diatas, terpaksa melakonkan watak-watak orang kaya, orang alim, usahawan berjaya dan pelbagai lagi watak agar diri dan keluarga tampil penuh keyakinan di mata kekasih dan bakal mertua.  Hipokrit menjadi peribadi wajib jika mahu berjaya dalam pentas dunia zaman kini. 

Hukum hakam agama diketepikan untuk memberi ekses bagi menghalalkan cara. Dosa? Kubur kan sendiri-sendiri, tiba masanya nanti taubat akan ku pohon. Dan masa itu masih jauh lagi perjalanannya. Mereka-mereka ini cuba tidak mengiyakan yang mati itu pasti terjadi pada bila-bila masa sahaja. 

Mak ayah tersenyum bangga dan megah kerana calon menantu orang berada, orang berjaya dan orang yang pandai berniaga. Ibubapa mana yang tidak mahu melihat anaknya hidup bahagia dan kaya raya kan. 

Bila hajat di hati telah menjadi realiti, barulah terbuka segala rahsia yang sebelum ini tertutup rapi. Kerapkali kita dengar, baca dan terkejut - bercinta bertahun tapi bila sudah berkahwin hanya mampu bertahan selama beberapa bulan. Tiada persefahaman sering di jadikan alasan! 

Ada juga yang menjadikan isteri sebagai sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan memenuhi keinginan batin jantan-jantan yang tagihkan seks. Bini aku, suka hati akulah apa yang aku nak buat. 

Amat tragis. 

Kahwin dahulu baru bercinta pada pendapat saya sudah tidak boleh di gunapakai dalam zaman yang penuh tipu muslihat, zina berleluasa dan yang haram cuba dihalalkan. 

Sebaliknya, berusaha untuk selidik dan kaji asal usul kronologi sesebuah keluarga. Ber'couple'lah mengikut pantang larang seperti yang telah tertulis dalam agama. Jangan ber'couple' seperti yang tertulis dalam skrip drama dan filem hollywood, bollywood hatta malaywood. 

Berdoa padaNya moga di berikan yang terbaik dalam kehidupan. Kerana hanya DIA yang mengetahui, apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Tidak perlu mandi bunga, guna khidmat bomoh mahupun pakai susuk untuk mendapat jodoh. Dekatkan diri dengan Allah, kembali pada Nya, bertaubat untuk jadi hamba yang beriman dan teguh pendirian berlandaskan Islam.

  

13 ulasan:

Cik rOse berkata...

setuju banget tu kak eiza!! alah, mmg dah x relevan pun even dari dulu. kalau dari 10 kes, 1 jek yg bole bahagia, yg lain hancus. ehehe..

then, yg namanya family arrangement pun sama juga. mmg x bole nak relevan langsung. eheheh..

kesimpulannya, meh kt gali sendiri cari yang mengikut citarasa dan rentak hati..semoga Allah sama2 beri kita jodoh yg terbaik daripada yg baik..amin... muahhh

GreenAppleKu.com berkata...

@ cik rose, terpaksa setuju ngan komen ini kerana dirisaukan akan menjadi santapan anak rimau..huhu..

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam kak.. saya bersetuju...susahjuga kalau tak slidik betul2...macam2 perangai sekarang....yang berkopiah/bertudung labuh belum tentu menggambarkan diri sebenar...

... berkata...

as salam..
eh. boleh gunapakai lagi ni.
kawan saya, perempuan, dah 5 tahun kawen dalam keadaan macam ni. bahagia sepanjang saya dan kawan2 men-skodeng mereka.

alhamdulillah..dah beranak 4.
dan saya pasti.mereka bahagia kerana mengikut perintah-Nya.

si suami juga, seorang yang saya lihat, cukup syarat yang diletakkan dalam Islam. moga mereka bahagia =)

saya pun setuju. tapi ada penambahan sikit lah. kalau ibu bapa yang nak carikan, ibu bapa perlulah betul2 mengikut perintah-Nya. insya'Allah pelihan mereka tepat.

dan kalau nak cari sendiri, kenal pasti gaya hidup pasangan yang diminiati secara diam2 tanpa seseiapa pun yang sedar. sebab kita ingin melihat dan memahamuii rentak hidupnya. yang penting, bukan seorang yang sosial. perakra pertama yang dikhuatiri, adalah yang melibatkan sosial. sosial lebih banyak mempengaruhi tingkah laku walaupun secara tak sedar.

sekadar pandangan.. =)

apa mood kamu sekarang ni? sebab? meowww~

GreenAppleKu.com berkata...

@ Azhan, zaman sekarang penuh ngan drama king n queen..

GreenAppleKu.com berkata...

@ fadzli, sebab tu kena selidik kronologi keluarga jika kita mahukan perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Komen awak dah boleh buat satu artikel ni..hehe..

qucachahir berkata...

betul tue kak..kite sokong!.. ;)
hehe..tapikan..kadang-kadang calon mak ayah pown kene selidik dulu..

bab bedoa padaNya adalah yang terbaik.. :)

delarocha berkata...

bercinta selepas kawen selalunya terjadi apabila jodoh itu ditentukan oleh keluarga. jarang jumpa skrg ni.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Quca, amboi comelnyer cik adik punya gambar profile. sweet gitu. Ada benarnyer, jodoh yg mak ayah cari pun kena selidik juga sebab orang zaman sekarang ni penuh ilmu didada bab memikat hati bakal mak mertua. huhu..

GreenAppleKu.com berkata...

@ delarocha, memang dah jarang. kalau ada pun, selalunya pasangan yg hendak di jodohkan tu akan face to face utk tahu samada rela atau tak jika di jodohkan. Awak rela ker tak yer? hehe..

delarocha berkata...

klu dah rupanya macam lisa surihani, saya on je..keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

saya rasa anda salah faham erti cinta. persoalannya ialah cinta selepas kahwin bukan pasal kawin tak usul periksa, selidik, siasat, istikharah. adakah hanya melalui bercinta seorang dapat periksa, siasat bakal pasangan hidup. lepas dikenali dengan bercinta kemudian sedar tak serasi, tak jadi kahwin, nampak zahir selamat tak kahwin, namun hakikatnya rugi telah memberi cinta pada dia yang akhirnya bukan pasangan hidup kita. baiklah cinta itu disimpan dan dikhaskan hanya pada yang dah sah menjadi pasangan kita.

qucachahir berkata...

delarocha:
amboi..lisa surihani tue..hehe..

thankz kak..
nanti akak kawin ajak kite..
insyallah datang.. (^^)
*erh..tetiba..hehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...