Keadaan cuaca pada minggu ini di Pulau Pinang, setiap kali bila jam menghampiri ke angka 1.00 tgh, konfem hujan. Ini bukan lawak tapi ini adalah kisah benar yang terjadi di Pulau Pinang akhir-akhir ini. Bayangkan bagaimana perasaan saya dan rakan-rakan yang sedang dalam kelaparan. Boleh jadi tension dibuatnya. Namun kerana iman di dada, kami memandang setiap ketentuan yang telah Allah jadikan tentu ada hikmahnya. 

" Kalau ganti puasa, kan dah tak payah fikir bab makan ni. "

Komen rakan saya ketika kami bersama melihat hujan yang mencurah membasahi bumi. Lebat dan tidak ada tanda-tanda hendak berhenti.

Ada betulnya komen rakan saya tu. Kan benar, setiap perkara yang Allah uji, ada hikmahnya. Memandangkan tinggal beberapa bulan sahaja lagi kita akan bertemu Ramadhan, adalah lebih baik jika puasa ganti mahupun puasa sunat. 

Berhenti sahaja hujan, kami terjah ke QueensBay Mall to take away lunch. Tak sempat dah nak makan kat luar sebab lunch time tinggal beberapa minit jer lagi. Kami meninggalkan Mall dan bergerak ke tempat letak kereta.

" Minta kunci kereta, kami tunggu dalam kereta sementara ang nak gi bayar kat auto pay mesin." bertuah punya kawan-kawan. Kot ler nak bersama-sama temankan saya. Ini tidak.

Tiba di auto pay station, saya lihat ada sorang amoi gelisah tidak keharuan. Dari segi cara berpakaian, mana mungkin dia tak cukup duit nak bayar tiket parking. Work dress yang hebat! Ada class tersendiri.

" Excuse me miss,you ada tak tukar duit kecil. I short of 50 sen. I pula tak ada coin. " sambi hulur wang kertas sepuluh hinggit pada saya.

Dalam tangan saya ada tiga ringgit jer. Tak cukup untuk tukar. 

"Tak perlah awak ambil sehinggit ni. Hari ini hari awak, esok lusa hari saya pula. Siapa tahu kan. "

Terkesima dia dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut saya. 

" Yer lor, siapa tahukan. Thank you very,very much."

Settle payment, ambil kad dan terus berjalan ke arah kereta saya. Dari jauh jelas kelihatan kawan-kawan saya sedang berkelah di dalam kereta saya. Sedap jer tengah makan kentang goreng sambil senyum-senyum pada saya.

" Cepatlah drive, tinggal lagi 10 minit jer nih. " amboi, belum sempat pakai tali pinggang keselamatan dah mula suruh saya pecut. Agak-agaklah. Tiba-tiba cermin kereta saya di ketuk. Eh..ni kan amoi tadi. Apa hal pula ni.

" Miss, this for you. Ambil la. Nice to know you. "

Nak tahu tak apa yang dia beri pada saya? Tunggu artikel yang seterusnya. Haha. Okay, dia beri satu botol saiz kecil minyak wangi white musk dari Body Shop! Rezeki jangan di tolak. Rupanya dia retail manager kat situ.

Perfume White Musk ni famous sejak zaman sekolah saya dulu-dulu. Melihat botol ini, mengimbau kembali zaman persekolahan yang penuh warna warni.



10 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. REZEKI YG TIDAK DISANGKA BILA KITA TOLONG ORANG LAIN...YG PENTING IKHLAS

    BalasPadam
  2. Cik Kamoo @ syukur dgn rezeki yg tidak disangka2. Save dah baget utk perfume..hehe..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. @ Mira, tak baik hampakan hati pemberi kan. huhu..

    BalasPadam
  5. as salam..

    ▂ ▃ ▅ ▆ 100%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    alhamdulillah..sesungguhnya kita tak tahu apa yang berlaku di masa akn datang dan sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita di masa akan datang =)

    terima kasih berkongsi pendapat,cerita dan teguran~

    Entri Terbaru Pakcik :

    WIDGET TRAFIK PERCUMA..

    BalasPadam
  6. kalau kita ikhlas, itu yg org lain akan balas... i mean balasan yg baik la...


    wah... anda bertuah... tahniah... erm, yg perfume for men x de...??? hehehe...

    BalasPadam
  7. @ James Alexander, lelaki pun boleh guna this white musk! Unisex..nak share ngan saya ker..huhu..

    BalasPadam
  8. setuju dgn n3 cik epal hijau ni. soal bantu membantu .. rezeki .. kita jgn terlalu berkira. hari ni hari dia .. entah2 sok hari kita.

    BalasPadam
  9. A good deed is never lost.. Syukur alhamdulillah.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama