My Instagram

HANTU JENIS INI, NAMA APA YER ?


Bila sesekali mendengar kisah paranormal ini, rasa seperti hendak percaya atau tidak percaya. Biar betul. Iyer ker masih ada kejadian yang tidak masuk dek akal fikiran jika kita berfikir mengunapakai logik akal.

Namun ianya tetap terjadi dan terus terjadi hingga ada kes yang telah mengubah perjalanan kehidupan seharian seseorang yang terkena kejadian paranormal ini.

Tangisan si kecil yang kerap kali kedengaran sedikit sebanyak menjadi tanda tanya pada jiran sebelah. 

Kenapa si kecil ni tak henti nangis?

Laparkah dia?

Kena derakah dia?

Tidak mungkin kes dera sebab keluarga itu sebuah keluarga yang penyayang. Baik budi pekerti dan menghormati jiran tetangga.

" Kerap sangat dengar anak kecil Lisa menangis. Kenapa? "

Bual kosong Kak Kiah bersama ibu Lisa pada suatu petang.

" Rumah kami ada gangguan. Akak sendiri pun tak tahu, apa benda yang mengganggu rumah kami. Sebelum ini tidak pula. Dah serata tempat pergi berubat tapi masih tetap kena ganggu. Badan akak pun dah mula rasa sakit-sakit. Ini bukan sakit yang boleh sembuh dengan ubat. Ini sakit lain."

" Apa sebenarnya yang menganggu ni Kak Leha? "

" Entahlah, hantu jenis apa pun kak tak pasti. Tapi yang nyata, habis satu rumah dia kencing. Pernah sekali itu, Zack, suami Lisa, minta Lisa masakkan mee segera. Baru jer Zack tarik kerusi untuk duduk di meja makan, di bantainya kencing betul-betul di tepi Zack. Nasib baik tidak kena pada Zack.

Kami boleh nampak, air kencing turun dari siling. Tapi tak nampak makhluk tu. Kalau makhluk tu nak kencing, dia tidak mengira tempat. Sekali tu, betul-betul tepi cucu aku yang sedang tidur. Nasib baik tak kena pada dia. "

Herm, berat juga kes Kak Leha ni. Korang tahu tak, apa nama hantu jenis yang suka kencing merata ni ? Mana tahu, kita boleh bantu Kak Leha dan keluarganya. 

Untuk pengetahuan korang semua, rumah Kak Leha, betul-betul berhadapan dengan rumah saya. Seberang jalan sahaja. Erk!!


10 ulasan

nurul nadia nasir berkata...

hehe sabor je lah..selalunye bende tu nk mengusik tuhh..bykkn bce ayat qursi dan yasin lah ye..ndia pon bru je tersampuk 2 minggu lepas..

GreenAppleKu.com berkata...

@ nadia, ler..cam ner boleh tersampuk lak tu. Nadia ada terlanggar apa2 ker?

Surah Qursi adalah sebaik surah utk di amalkan setiap kali sebelum tidur.

aNdi.Hanin::حنين نظوره berkata...

kak, gaye macam ada orang hantar je ... panggil le org perubatan islam.

GreenAppleKu.com berkata...

@ AndiHanin, kak pun rasa cam tu juga ler bila my mother cerita. Akan di usulkan cadangan ini pada Kak Leha.

Kesian tgk pada mereka. Siapa boleh tahan kalau di duga dengan kejadian kencing bersepah ni. Nak solat pun terganggu.

delarocha berkata...

seram..cepat cepat lah berjumpa dengan yang ahli dalam hal ini.

GreenAppleKu.com berkata...

@ delarocha, betul komen awak. Kena jumpa dengan yang pakar dlm perubatan islam ni. Bukan main hentam jer. Kang lain pula jadinya.

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

alamak berattt tu.. main kencing2 pulak hantu tu.. Mak dara tak pernah dengar pulak hantu macam tu..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Mak Dara, saya pun baru pertama kali terdengar ni. Tu yang tulis dalam blog. Erk..dah jam 2 pagi ni, sure Mak Dara ada skrip terbaru ni. hehe..

Solihin Zubir berkata...

pergh.. siap kencing lagi tu.. err.. agal menyeramkan..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Solihin, memang agak ganas hantu ni. Kesian tuan rumah tu. Hope masalah mereka cepat selesai..