"The Hand That Rocks The Cradle Is The Hand That Rules The World" - Eiza GreenAppleKu

"The Hand That Rocks The Cradle Is The Hand That Rules The World"





Pernah terbaca ayat nih, "The Hand That Rocks The Cradle Is The Hand That Rules The World" ? Ehm.. seperti ada kebenarannya. 

Merujuk kepada artikel WHY (sila klik). Hasil borak kosong saya bersama mangsa yang terlibat, kes suami curang di kenal pasti sebagai salah satu sebab kenapa sesetengah wanita menjalani transformasi diri. 

Dek kerana hilang rasa percayaan terhadap pasangannya, mangsa tekat buka tudung, rebonding + warnakan rambut dan berpakaian seksi. Terkejut dan ternganga si suami melihat penampilan terbaru isterinya yang jauh lebih cantik dari kekasih gelapnya. 

Seakan baru tersedar dari mimpi, timbul rasa kesal yang amat sangat. Kesal kerana dia telah menghancurkan hati isterinya. Kesal kerana dia telah terlupa janji ikrar cinta mereka. Kesal kerana dia telah menjadi lelaki dayus (nak tegur isteri, diri sendiri tidak betul). Dan yang dikesal, dia terlupa bahawa suatu ketika dahulu, isterinya adalah wanita yang paling cantik yang pernah dia kenali.

Benar apa yang telah terjadi dalam hidup wanita ini merupakan satu tamparan hebat. Diri rasa tidak dihargai. Kasih sayang yang di hulurkan selama ini rasa seperti dipersiakan. 

Dan perasaan DOWN itu meninggalkan kesan yang amat dalam.Apa yang tidak kena? Kurangkah layanan diri? Dah tak cantikkah diri ini? Di mana salahku? Apa istimewanya si dia berbanding diri ini?

'Tangan yang menghayun buai, mampu menggegarkan dunia.' Memang mengegar dunia mereka sekarang ini. Lebih hebat gegarannya jika hendak di bandingkan dengan lagu adam dan stacy tu. 

Nasihat buat suami, bakal suami, tunang, bakal tunang dan semua gentleman yang terbaca artikel ini, janganlah hendaknya kita MEMBURU CINTA FATAMORGANA..

Bagi remaja yang asyik memburu cinta terlarang sekarang ini, beringat-ingatlah. Jangan kita terpaksa memburu cinta palsu hingga ke akhir hayat. Kita akan diletihkan, ditipu dan dihancurkan oleh cinta itu berkali-kali. Usia muda terbuang, usia tua tersia-sia. Jangan begitu, orang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang sama dua kali. Jika anda terus dibuai cinta palsu dan konon ‘bahagia’ dengan itu, insya-Allah anda akan disengat bisa cinta fatamorgana dua kali. 

Syaitan akan menggunakan senjata yang sama untuk memperdayakan kita kerana di situlah kelemahan yang kita suburkan sejak pada usia remaja lagi. Manusia tidak akan lebih memburu cinta. Itu hakikatnya. Alangkah malangnya jika yang diburu tanpa jemu itu hanya kebatilan?

Jika ditanya, mengapa ada cinta yang sehodoh dan sebodoh ini? Jawabnya mudah, cinta itu mengikut keadaan hati seseorang. Lebah akan menyeri sari pati bunga. Lalat akan menghurung bangkai. Jika hati itu terisi dengan cinta Allah, ia akan mencari dan memburu kebaikan. Tetapi jika hati itu terbiar kosong atau terisi oleh kebatilan, maka ia akan memburu kejahatan.


3 ulasan

Mylady berkata...

Yeah..setuju sesangat..jangan pandang rendah pada lemah lembutnya wanita..bila kepercayaan sudah dikhianati, hatinya menjadi sekeras batu...

kakchik@ella berkata...

very meaningful la entry ini.

qucachahir berkata...

ouh..saya muhasabah diri seketika.. (-_-)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.