DIARY CINTA TERLARANG # PART 3



Laungan azan subuh yang mendayu-dayu bagaikan jam loceng yang mengejutkan Lisa dari tidurnya. Kesan ubat tidur yang diambilnya semalam masih kuat menguasai diri Lisa. 

Namun entah bagaikan ada suatu kuasa, Lisa bangun untuk menunaikan solat subuh buat kali pertama dalam hidupnya. Seingat Lisa, dia amat patuh bersolat ketika tinggal di asrama beberapa tahun nan lalu. Selepas mendapat tawaran menyambungkan pelajaran di luar negara, Lisa semakin jauh meninggalkan perkara yang wajib itu. 

" Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada satu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi apa (penyakit-penyakit) yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi petunjuk serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”. (Surah Yunus, 57).

Itulah penawar bagi jantung hati insan. Itu ubat bagi nurani insan. Dunia dan segala isinya tidak akan dapat membawa kebahagiaan ke dalam sanubari insani, jika insan itu tidak mengenali Allah, mendampingiNya, memohon daripadaNya, merintih dan menangis di hadapan kebesaranNya. Insan telah mencuba pelbagai perkara dalam kehidupan, tetapi mereka tetap gagal menemui sakinah, kebahagian dan ketenangan yang hakiki selagi mereka tidak kembali menyerah jiwa raga, ruh dan jasad tunduk dalam sedu dan syahdu mengingati dan bertawakkal kepada Allah.

Lisa termenung selepas selesai membaca salah satu artikel dari blog Minda Tajdid. Lisa cuba untuk memahami apa yang baru di bacanya. Fikirannya masih bercelaru dengan ujian demi ujian yang menimpa dirinya. 

Matanya masih ada kesan bengkak kerana semalaman dia menangis mengenangkan Herry, lelaki yang bertanggungjawap terhadap bayi luar nikah yang sedang dikandungnya. Kini Herry telah tiada lagi. 

Lisa hilang tempat untuk bermanja, tempat untuk berkongsi segala cerita. Kini kepada siapa hendak di ceritakan apa yang sedang dia alami. Mamanya ? Mana mungkin. Mamanya terlalu sibuk dengan urusan perniagaan. Terlalu sibuk dengan promosi dan pelan untuk memajukan perniagaan. 

Lisa amat bersyukur kerana rezeki kedua ayah dan mamanya murah. Namun tuntutan untuk mendapatkan kemewahan telah menyebabkan ada ruang kosong dalam hidup Lisa. Dan ruang itu telah di isi oleh Herry. Namun kini Herry telah pergi meninggalkan Lisa selamanya.

Ayah? Mengingati kembali kata-kata yang terkeluar dari mulut ayahnya, Lisa menjadi takut. Entah apa yang telah merasuk ayahnya sehingga ayahnya tekad untuk membawanya ke klinik agar bayi yang dikandung Lisa dapat di gugurkan. Bagaikan nyawa di hujung rambut, Lisa berrasa amat tertekan.

Pintu bilik Lisa sedang di buka oleh seseorang. Bunyi kunci berlaga dengan mangga jelas kedengaran. Jantung Lisa berdegup kencang. Ayah! Mana pergi kasih sayangmu ayah. Lisa tahu, Lisa bersalah namun Lisa sayang anak yang Lisa kandungkan ini. Lisa lebih rela ayah tidak mengaku Lisa sebagai anak ayah. Lisa rela jika ayah halau Lisa keluar dari rumah. Namun untuk Lisa gugurkan kandungan ini, tidak ayah. Tidak!

" Lisa, cepat. Ambil kad pengenalan dan beg baju. Mama hendak bawa Lisa pergi dari sini sebelum ayah Lisa pulang. Ayah kamu dah jumpa klinik yang sanggup menjalankan proses pengguguran haram ni. Entah setan apa yang dah rasuk ayah kamu tu. Dah tak ingat pada Allah dah. Cepat Lisa! "

" Tapi ma, mana ma nak bawa Lisa ma ?"

" Nanti dalam kereta mama akan ceritakan, dah cepat."

Datin Helly membawa beg pakaian Lisa sambil memegang lengan anaknya. Bimbang jika sesuatu terjadi pada Lisa, anak tunggalnya. Lisa tersentuh dengan pengorbanan mamanya. Bergenang air mata melihat kesungguhan mama menyelamatkannya. Selama ini Lisa sedar, dirinya banyak mencetuskan kemarahan mamanya.

" La, apa yang kamu terjegat lagi ni. Cepat Lisa."

" Ma.." Lisa memeluk erat mamanya. Terasa tenang dan damai. Teresak-esak Lisa menahan sebak.

" Sudah Lisa, ma tidak pernah marah pada Lisa. Mama sayang Lisa. Cepat." 

Datin Helly bagaikan tahu apa yang hendak dituturkan oleh Lisa. Sungguh hebat detik hati seorang ibu. Lisa mengaturkan langkah mengikuti mamanya dari belakang. 


# bersambung...


Nota : Korang tonton tak JUVANA tadi? Hehe..nampaknya botok dah kena buli dengan adik lorat utara tu. Botak pun satu, tak cool. Ngan budak pun nak gaduh. huhu.. 




6 ulasan:

  1. kisah menarik ni..nanti boleh terbitkan sebagai novel Islamik =)


    awat budak tu dinama Kedah.huhu..macam budak Kedah ni jahat pulak.huh...

    BalasPadam
  2. @ Azhan, tinggi komen yg dilontarkan tu. Rasanyer belum sampai tahap nak terbit novel lagi ni. hehe..

    Budak nama kedah tu yer..ehrm memang rasa ada isu per'negerian' pula. Harap next week depa tukar nama lain sebab budak tu tak setuju..

    BalasPadam
  3. Bila dah terlanjur mcm ni.. Sampai dah termengandung , memang akan susahkan keluarga... Tapi inilah realiti yg terjadi.

    BalasPadam
  4. @ Phoenix, risau, risau dengan masalah yg tiada kesudahan ini..

    BalasPadam
  5. as salam..
    wah!
    ni ke novel yang mintak bagi pendapat tajuknya?

    huhU~
    mulakan pembacaan. adei..dah part 3

    >_<

    BalasPadam
  6. @ ....., yer awak. Mana awak menghilang selama ini. Dah part 3 baru terjah blog saya. sampai hati awak..hehe..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!