DIARY CINTA TERLARANG # PART 2

" Tak bang. Kita tidak boleh bunuh bayi itu. Dia tidak berdosa. Jangan kita menambah lagi dosa yang sedia ada. Sanggup abang nak bunuh cucu kita bang?"

Datuk Helmi kembali merengus.

" Tidak! Tidak! Dia bukan cucu kita. Abang tak mahu cucu yang tak sah taraf! Kalau orang lain dapat tahu, siapa yang akan malu? Kita Helly. Kita. Orang akan kertawakan abang. Anak Datuk Helmi mengandung anak luar nikah! " 

Datuk Helmi seperti di serang histeria. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana empayar perniagaan yang di bina akan hancur jika perkara ini tersebar.

" Sudah. Keputusan abang muktamad. Bayi itu mesti di hapuskan. Jika di Malaysia tiada klinik yang sanggup, abang akan bawa Lisa keluar negara!" tegas keputusan yang telah di buat oleh Datuk Helmi.

Datin Haliza membiarkan Datuk Helmi dengan amarahnya. Biarlah. Diam Datin Haliza tidak bermakna dia bersetuju dengan keputusan Datuk Helmi. Datin Haliza telah bertekad, walau apa pun yang terjadi, dia tetap akan menyelamatkan Lisa dan cucunya. Biarpun nyawanya terpaksa di jadikan galang gantinya.

Sementara itu di bilik Lisa,

Telah ku mungkiri, janjiku lagi,
Walau berulang kali, ku ulang sendiri aku takkan tempuh lagi,
Apakah kau terima, cintaku lagi,
Setelah ku berpaling dari pandanganmu yang kabur kerna jahilnya aku..

Lagu yang berputar di radio seolah-olah mengetahui apa yang sedang di rasakan oleh Lisa pada saat ini. Lisa sedar, hubungan tanpa nikah tidak boleh. Lisa tahu, zina itu haram. Dan Lisa sedar dia telah jauh tersesat dan telah dalam dosa besar yang sedang di tanggungnya.

Namun benarlah, cinta itu buta. Cinta telah menyebabkan Lisa lupa pada agamanya. Cinta juga telah membutakan Lisa untuk menyatakan tidak pada kelazatan maksiat yang telah di lakukannya.

Tut..tut..

Siapa pula yang hantar sms ni? Shasha? Herm, hampir terlupa Lisa tentang perjumpaannya dengan Shasha pada malam nanti. Tapi mana mungkin Lisa dapat bertemu Shasha. Pintu biliknya telah di mangga dari luar oleh ayahnya.

Lisa perlu memberitahu Shasha yang dia terpaksa membatalkan 'plan' mereka untuk malam nanti. Namun sms yang di terima dari Shasha benar-benar memeranjatkan Lisa..

Lisa, aku harap engkau sabar dan tabah terima berita ini. Herry terbabit dalam kemalangan. Bas ekspress telah merempuh kereta Herry dari arah bertentangan. Joe parah di ICU tapi Herry meninggal di tempat kejadian.

Ya Allah. Ujian apakah yang sedang engkau uji buat hambamu ini? Kenapa begini hebat dugaan yang engkau aturkan untukku? Air mata Lisa terus mengalir dan mengalir..


# bersambung...






4 ulasan:

  1. Tak sabar nak tunggu part 3

    BalasPadam
  2. menarik kisah diari ni kak =) suatu hari nanti boleh buku kan.

    ramai bayi dibuang kerana masing2 tidak mahu bertanggungjawab

    BalasPadam
  3. @ Phoenix, tq sebab sabar menanti..hehe..

    BalasPadam
  4. @ Mohamadazhan, bukukan? ishhh mana layak dik oii..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!