Ahad, 26 Jun 2011

BILA ZINA SUDAH MENJADI PERKARA BIASA..

Bila zina sudah menjadi perkara biasa, itulah yang menyebabkan terjadinya banyak perkara-perkara yang luar biasa. Sehingga ada sesetengah perkara yang terjadi amat luar biasa seperti mencampakkan bayi dari tingkat lima bangunan dengan harapan agar terus masuk ke dalam tong sampah. Sungguh luar biasa bila bayi di kategorikan sebagai sampah. Dan yang pasti, pelakunya juga terdiri daripada sampah masyarakat. Marah? Habis kau fikir, tindakan kau tu tak ada orang yang marah ker? 

Pelbagai kempen yang telah di buat. Agaknya dah berjuta wang telah di gunakan untuk menyedarkan mereka-mereka yang masih tidak sedar diri bahawa hubungan kelamin sebelum akad nikah adalah HARAM. Apatah lagi hubungan kelamin antara isteri orang lain dengan suami orang lain tetap HARAM juga hukumnya. 

Jangan pandang golongan remaja, bujang telajak, anak dara tua, bapa tunggal mahupun ibu tunggal yang sering di jadikan sasaran bila perkara zina menjadi topik perbualan. Golongan isteri orang dan suami orang pun tidak kurang hebatnya bila melakukan zina. Memang awesome nafsu mereka. Dah ada yang halal, yang haram juga diketagihkan. 

Herm seram bila memikirkan azab penzina ini. Tidak ada yang menguntungkan dan tiada syurga yang dijanjikan melainkan pelakunya benar-benar berTAUBAT.  Dan amat menyeramkan bila mereka-mereka ini selamba jer berkata, 

" Aku bukan nak mati lagi. Esok lusa, bila dah tua, barulah bertaubat. Buat amalan banyak-banyak. Dah tak perlu nak fikir tentang kelazatan dunia sebab masa muda dah merasa semua tu. Jadi bolehlah kita beramal dengan tenang. "

Gila betul. Seperti konfem jer yang dia akan meninggal bila tua nanti. Katakanlah jika telah ditakdirkan keesokkan harinya, dia terkena serangan jantung dan terus meninggal, dah sah-sah masuk neraka namanya. 

" Eh, yang kau sibuk-sibuk buat artikel tarbiah ni apasal. Mati esok, kubur sendiri - sendiri tau. "

Kubur memang sendiri-sendiri, tapi perjalanan kita ke kubur tu, perlu ada orang yang membawanya. Semasa nak tanam kita didalam kubur pun perlu ada orang yang kebumikan. Belum sentuh bab nak bacakan talkin lagi. Lainlah jika masa kau mati nanti, semua tu kau boleh buat sendiri.


" Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukkan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. 

Tiga yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri diwajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran.

Tiga yang diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka. " 


7 ulasan:

Najah SHakiLa berkata...

antara tanda-tanda akhir zaman kak..
baginda bersabda:kelak..mereka akan berzina di tepi jalanan,seperti keldai ..(tanda-tanda hari kiamat semakin dekat)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Najah SHakiLa ,comelnyer Najah, sgt comel..(puji ikhlas ni)

Erm.. berzina di tepi jln, rasanya bunga2 zina tu dah byk bersepak di tei jalan. Tanpa segan dan silu.

TQ sebab sudi komen.

Solihin Zubir berkata...

disebabkan zina sudah menjadi perkara biasa, maka kerajaan pun tubuhkan sekolah hamil.. apedaaa.. sepatutnya, fikirlah cara nk cegah zina.. =_="

GreenAppleKu.com berkata...

@ Solihin Zubir, sekolah hamil tu kan salah satu cara untuk mencegah zina. erk.. cam tak kena sahaja.

Mungkin sebab pesalah zina ni tidak di hukum mengikut undang2 agama. Setakat hukuman penjara dan bayaran wang denda, camna mereka nak ambil ikhtibar.

Aretikz berkata...

Zina merupakan satu2nya maksiat yg mendatang kemanisan kepada kedua-dua pelaku.. selalunya kalau buat maksiat lain, kemanisa hnya seorang sahaja mndapat, yg satu sengsara.. mcm mencuri, membunuh dsb..

oleh kerana kemanisan itu dirasa antra mereka, maka mreka tidak sgan silu "melanjurkan" diri utk dibuat berkali2..

stelah berkahwin, itulah kemanisan yg ditarik oleh-Nya.. maka berlaku kes curang, penceraian dsb..

nak mencegah zina hendaklah bermula dgn perkara yg mndekati zina.. Islam itu mudah, yang dilarang adalah zina, tapi nikah tidak dilarang..

semua perkara utk mncegahnya adalah kembali kepada ketetapan syariat islamiyah.. ^_^

efa nur berkata...

pengajaran yg sgt berguna...
thanx for sharing :)

Jom Terjah Sini :)

Подтверждаю berkata...

as salam..
moga dijauhkan../

takut..

>_<

NetKL Network

Catatan Popular