BILA BULAN MENGAMBANG.. - Eiza GreenAppleKu

BILA BULAN MENGAMBANG..

Bila bulan mengambang. Di selang seli dengan suara burung hantu yang sedang bertenggek di dahan pokok ketapang. Malam itu, hujan masih turun renyai-renyai. Sejuknya terasa hingga ke tulang hitam. Bertemankan sinaran bulan, Lisa mempercepatkan langkahnya. Mata Lisa liar memandang ke kiri dan kanan. Kelihatan pohon mempelam epal meliuk lentuk di tiup angin.

Malam itu angin bertiup sederhana kencang. Sesekali kedengaran bunyi atap zink berlaga di tengah malam, menambahkan lagi rasa seram sejuk yang sedang Lisa alami.  Lisa memeluk tubuhnya lebih erat. Baju sejuk berwarna hitam 'Nike', tidak cukup memberi kehangatan pada tubuh. Sesekali Lisa menggigil menahan kesejukkan. Agaknya Lisa ni kekurangan protien di dalam badan. (Iklan dari saya..hehe..)



Zzzuppp..








Sepantas kilat, betul-betul di hadapan Lisa, kelihatan dua ekor kucing sedang kejar mengejar antara satu sama lain. Meeeeowwwww.. 

Terkejut Lisa yang amat sangat. Dah ler sekor kucing tu berwarna putih. Betul-betul berjaya membuat degupan jantung Lisa bertambah laju. 

" Dasar binatang. Terkejut aku. Nasib baik tak der sakit jantung.." Lisa mengomel sendiri di tengah malam hari.

Matanya masih memerhati ke arah ke dua ekor kucing tadi. Belum settle lagi pergaduhan pada malam itu. Jelas kelihatan, kucing putih berada di atas pokok mempelam epal dan yang sekor lagi berada di bawah pokok. Lisa memandang ke langit, dan sejurus itu juga Lisa mempercepatkan langkahnya.


Gerhana bulan boleh dilihat oleh penduduk di Malaysia bermula awal pagi jam 1.22 pagi 16 Jun 2011 hari Khamis.

-Waktu ini masih lagi di peringkat awal tak begitu kelihatan dengan mata kasar. Mula memasuki peringkat gerhana bulan penuh jam 3:21 pagi sehingga jam 5:02 pagi. Kemuncak iaitu bulan gelap sepenuhnya pada jam 4:12 pagi.

-Fenomena ini juga bakal berlaku buat kali kedua pada Disember tahun ni.


Read more: http://www.azharr.com/2011/06/fenomena-gerhana-bulan-penuh-khamis-16.html#ixzz1PMSSrKsH
Under Creative Commons License: Attribution


GreenAppleKu : Jom join saya kita lihat Gerhana Bulan. Ada berani ka? 



3 ulasan

Mylady berkata...

Weh..jangan nampak benda lain sudah la..hehehehe

GreenAppleKu.com berkata...

@ Mylady, ang pun tunggu gerhana bulan ker? Ambil lah picture, masuk blog. Nanti aku komen. Aku nak lena dah ni. Ang tunggu tau. hahahhaha...

blog-tips-kurus berkata...

sekadar tumpang tengok di blog orang.. :-)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.