My Instagram

BEST SANGAT KE ADA BLOG NI ?

Woha! Itulah soalan cepumas yang pernah saya terima satu ketika dahulu. Mungkin sebab mereka pelik melihat kenapalah saya tidak bosan mengadap blog ni. Saya kata blog ni berhantu. Ada saka. Sebab tulah bila saya mula jer log in, susah sikit hendak log out. Hinggalah ke satu tahap, saya di boikot gara-gara tak nak join 'lunch' bersama mereka. Begitulah blog punya penangan.

Bila di selidik semula, kronologi kenapa wujudnya blog saya adalah kerana hobi gemar membaca saya. Bila saya dapat sesuatu info yang saya rasa patut di hebahkan pada rakan-rakan yang lain, saya terpaksa bercerita dan ada juga yang minta saya photostate atau emailkan kepada mereka. Lama kelamaan bila dah terlampau banyak info yang saya perolehi,..

" Ini tak boleh jadi. Satu kerja pula nak email. "

One day saya beranikan diri untuk create a blog. Berdebar-debar ketika kali pertama log masuk ke blogger.com. Walaupun telah tertulis, IT'S EASY, tetapi itu tidak mampu untuk menghilangkan rasa cuak untuk kali yang pertama ini.hehe..

Tekan itu, pilih ini, pratonton itu, tahu-tahu saya dah ada blog! Punyalah happy. Untuk hari itu jer, entah ler berapa artikel yang saya up date. 

" Dalam bahasa perancis, kalau nak kata terima kasih cam na yer? " tanya rakan saya.

" Herm.. cer kau masuk blog aku. Search kat sana. Konfem jumpa." memang awesome perasaan itu. 

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca artikel untuk kali ini. Blog jika di gunakan dengan cara yang sepatutnya dapat membantu mereka yang dahagakan info. Membantu kawan-kawan menghilangkan rasa stress. Dan juga membuat mereka senyum sorang diri depan komputer.


Tiada ulasan