Tersentak dan tersentuh dengan isu tanah runtuh kali ini. Mungkin kerana mangsanya adalah kanak-kanak. Dan mereka pula terdiri daripada anak-anak yatim. Kejadian berlaku pada jam 2.30 petang tadi di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Dikatakan ketika kejadian berlaku, penghuni berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini..

Doa saya, moga Allah permudahkan urusan mencari dan menyelamat. 

Terdetik di hati kecil saya, kenapa kejadian tanah runtuh mesti berlaku. Dimanakah silapnya. Adakah kerana salah tangan manusia yang mencemar dan mengubah kejadian alam tanpa ada perancangan susulan. Tidak terfikirkah di fikiran mereka-mereka yang terlibat, apakah risiko yang bakal di terjadi kepada penempatan sediaada kesan daripada tindakan mereka yang bertujuan untuk pembangunan.

Tidak sampai hati melihat kesan daripada sesuatu kejadian tanah runtuh kepada mangsa yang terlibat. Hanya mereka yang mengalami merasakan traumanya saat kejadian berlaku.


Kenapa penempatan di lereng bukit tetap menjadi pilihan? 



Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama