Sudah tiga hari pasangan suami isteri ini beserta dengan dua orang anak mereka berkampung di rumah Ustaz Elias. Penyakit Mala, isteri Leman menjadi semula pada hari ke tiga mereka sekeluarga menumpang teduh bagi mendapatkan rawatan di rumah Ustaz tersebut.

Terjerit-jerit Mala sambil entah apa-apa perkataan yang terkeluar dari mulutnya. Habis bersepah bilik rawatan Ustaz di kerjakan oleh Mala yang sedang kerasukkan. Setiap kali Mala di rasuk, Leman tidak berani dekat kerana sudah serik rasanya untuk menahan sepak terajang, gigitan dan pelbagai lagi penangan Mala. Leman mengambil keputusan untuk cuba berubat dengan Ustaz Elias, apabila penyakit Mala semakin kritikal sehingga ke tahap pegang pisau!

Ketika keadaan semakin tidak terkawal, Mala tiba-tiba berjaya berlari keluar dari bilik rawatan. Sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, Ustaz Elias mengejar Mala dari belakang.

Hujung tudung Mala berjaya di rentap oleh Ustaz. Berlaku adegan tarik menarik antara Mala dan Ustaz. Ustaz perasan, ketika itu juga, ada sebuah kenderaan berhenti untuk melihat adegan tersebut. Dek kerana tersedar yang kehadirannya di ketahui oleh Ustaz Elias, pemandu itu terus meninggalkan tempat kejadian.

Selepas tiga hari dari hari kejadian, Ustaz Elias menghadiri satu jemputan untuk ceramah agama. Ketika menunggu orang ramai mendapatkan tempat duduk, Ustaz Elias borak kosong bersama seorang ajk majlis tersebut.

" Ustaz, saya nak tanya pun salah, tak tanya pun salah. Serba salah saya ni Ustaz "


" Apa dia perkara yang menjadi masalah ini. Tanya sajalah. Jika boleh saya selesaikan, kita selesaikan bersama. " 


" Betulkah Ustaz ada skandal dengan seorang perempuan. Baru-baru ni, depan rumah, Ustaz main tarik tangan dengan perempuan tersebut sampai tercabut tudung perempuan tu."


Ustaz tersenyum mendengar cerita sensasi tersebut. 


" Saya tengah mengubati penyakit seorang pesakit saya. Suami dan anak-anaknya ada sama ketika kejadian dia lari semasa rawatan sedang di jalankan. Suami dia tak berani dah nak kejar. Habis satu badan kena gigit dengan isteri dia. bla..bla..bla.."


" Ooooo, begitu rupanya kisah yang sebenarnya Ustaz yer. Herm, saya mohon maaf yer Ustaz."


" Tak per. Inilah hikmahnya bertanya. Bukan melihat dan terus buat kesimpulan sendiri. Lepas tu, terus sebarkan cerita yang tidak betul pada orang lain. Risau jatuh fitnah. Tahukan apa dosa fitnah tu."



3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. berhati2 ngan fitnah..walau ada bukti depan mata kena tahu hujang pangkal cerita terlebih dahulu.jgn main serbu je

    BalasPadam
  2. betul tu..kadang2 letih gak dengan orang yang suka menaburkan fitnah ni..suka suki ja bercerita tanpa mengetahui hujung pangkalnya...

    BalasPadam
  3. berpandukan pada cerita dlm entry, secara menjadi kebiasaan, kita mesti akan kata "ohh..len kali kena lah selidik dulu...len kali jangan pandai2 cite yang entah betul ke tak..bla bla bla.."

    tapi kenyataannya, orang kita, melayu nih..itu la hobi kita. senang sangat nak jump conclusion. senang sangat nak menyampai2 berita yang dia sendiri tah dengar dari mana atau dia sendiri yang create.

    bila tak ada cerita tu lah sibuk nak di ciptakan cerita.

    ish ish..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama