My Instagram

SUAMI KALAU MARAH TOLONG KELUAR RUMAH, ISTERI KALAU MARAH TOLONG PEGANG PISAU..


Awesome tajuk entri untuk artikel kali ini. Tips ini boleh di gunapakai untuk menghadapi rasa marah yang amat sangat. Amat sesuai untuk suami isteri demi menyelamatkan rumah tangga.

Bila suami marah, isteri sepatutnya diam. Jika isteri marah, giliran suami pula mendiamkan diri. Tetapi jika dua-dua tak nak diam, nak buat apa? Dua-dua tak nak beralah. Dua-dua punya sebab tersendiri.

Jika dah begitu jadinya, adalah lebih baik suami ambil langkah untuk keluar dari rumah untuk seketika. Risau jika keadaan semakin kritikal, terkeluar juga ayat keramat yang hanya suami punya hak untuk tuturkannya. Hendak pula terkeluar, AKU CERAIKAN KAU TALAK TIGA! Menyesal tak sudah, cik abang oii.

Saat berada dalam kereta, cakaplah, jeritlah, marahlah sepuasnya. Kalau keluarkan ayat keramat tersebut pun tak jadi masalah sebab tiada saksi dan tiada siapa yang dengar!

Tips untuk isteri, saat diri rasa marah yang tidak dapat digambarkan, cuba bawa masuk ke dapur, ambil pisau, cari yang besar sedikit kemudian anda tetaklah apa-apa yang hendak di tetak. 

Ubi kentang ker, lobak merah ker, ayam ker. Lepaskan kemarahan dengan buat kerja menetak di papan pemotong di dapur. Suami yang melihat konfem terdiam dan akan fikir berkali-kali untuk sambung gaduh.

Anda pula, silap haribulan, siap masak sup ayam dalam keadaan tidak sedar. Marah punya pasal, tengok-tengok dah siap masak sup ayam!


Nota : Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi. 


4 ulasan

mas saari berkata...

singgah sini n follow!
saya kalau marah lebih suka diam..bila dah sejuk mesti suami yg datang pujuk

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam

betul2, lumrah kehidupan apabila datangnya ujian =)

Cik Kamoo berkata...

risau jugak ambil pisau..kang ada pulak yg kena lapah..hahahhahaha

Faris Adli berkata...

Anda pula, silap haribulan, siap masak sup ayam dalam keadaan tidak sedar. Marah punya pasal, tengok-tengok dah siap masak sup ayam!

ayat yang ni paling aku suka..tu dah betul2 marah