Salam ceria buat semua yang sudi singgah, baca dan komen di blog saya. Terima kasih kepada semua. Tanpa kehadiran anda semua, sunyi sepi blog greenappleku.com yang telah ada header baru. huhu.. 

Kepada yang terdetik di hati hendak tempah, baik anda tempah cepat sebelum blogger lain terjah dan tempah. Saya dapat bayangkan, jika ramai yang tempah bermakna terpaksalah kita menanti dengan penuh kesabaran sehinggalah header  disiapkan.

Akhir-akhir ini, dalam suratkhabar, dalam berita di tv dan dalam blog, semuanya heboh menyatakan isu kenaikkan harga barang. Harga petrol kenderaan naik. Harga gula naik. Dan saya pun dah terasa seperti nak naik angin juga (marah). 

Kenapa saya marah ? Siapa yang tidak marah, kerajaan baru sahaja sebut nak masuk meeting isu selaraskan gaji minima tetapi belum pun sempat masuk meeting, banyaklah pula harga barang itu dan ini yang naik. Kesannya pada kita juga. Perbelanjaan kita juga yang menghadapi masalah. Dah elok-elok baget RM200 untuk petrol setiap bulan, telah lari buget jadinya dek kerana isu kenaikkan harga petrol.

Ehm apa dah jadi dengan slogan RAKYAT DI DAHULUKAN? Sebab yang sedang terjadi sekarang ni, RAKYAT YANG KENA DAHULU nampaknya.

Kasihanlah pada mereka yang bergaji tahap cukup-cukup buget jer. Yang gaji berpuluh ribu tu mungkin tidak kisah sangat isu kenaikkan harga barang ni.

Artikel saya ini bukan bertujuan atas dasar tidak puas hati pada mana-mana parti politik apatah lagi negara kita. Sekadar luahan hati saya, seorang rakyat Malaysia yang sedang mengalami kesan daripada isu kenaikkan harga itu dan ini.


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. yang terkena golongan bawah cam kita ni.yang geng2 kerajaan takpelah.minyak semua ditanggung free.

    BalasPadam
  2. @ faryzh, awak betul, ayik-asyik kita yang terkena dahulu..huhu..

    BalasPadam
  3. @ mama zara, ni yg buat nak tukar kerja ngan gomen lak nih..

    BalasPadam
  4. salam kak

    memang terasa tambah2 yang belajar macam sy ni....sudah lah tinggal kat k.l...semua benda mahai...ayo..

    BalasPadam
  5. @ Mohamadazhan, kena lebih berjimat cermat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama