PERKARA YANG PALING BEST UNTUK DIBUAT TAK KALA DI LANDA MUSIBAH

Musibah bermaksud bala bencana ataupun nasib malang yang menimpa seseorang. Tak kala diri di landa musibah, hidup tidak gembira. Nak gembira apanye sebab dah nama pun musibah. Banyak peristiwa sedih yang berkait rapat dengan musibah. Hati tidak tenang. Perlu melakukan sesuatu untuk hilangkan tekanan. Jika asyik berkurung di dalam rumah, boleh gila di buatnya. (Ayat tidak boleh blah sesetengah orang..)

Ada orang di uji dengan kemalangan. Hancur kereta ataupun motor kesayangan. Syukur diri masih diberikan peluang untuk mengumpul pahala.  

Ada orang di uji dengan penyakit. Muka yang licin bak telur rebus bertukar menjadi tah apa-apa akibat tersalah pakai produk terbaru di pasaran. Kes terpengaruh dengan iklan.

Ada orang di uji dengan kesakitan fizikal dan mental. Diri dijadikan bahan sepak terajang. Fikiran sentiasa tidak tenang memikirkan keselamatan diri yang tidak terjamin. Tetapi kerana cinta dan mungkin atas sebab-sebab tertentu, mereka ini terus bertahan dan setia di sisi pasangan yang sah sakit mental!

Ada orang yang di uji dengan kehilangan. Kereta hilang dari tempat letak kereta. Laporan polis telah di buat. Namun peratus untuk kereta di temui semula  50 - 50. Ansuran bulanan tetap kena bayar. Sungguh tidak adil.

Anggaplah setiap musibah yang datang sebagai salah satu ujian yang telah di tentukan olehNya. Perkara yang telah Allah SWT tentukan yang ianya akan terjadi, perkara tersebut tetap akan terjadi. Bukan di sebabkan oleh si polan dan si polan. Tetapi ianya telah di tentukan akan terjadi dalam kehidupan  kita. Kena redha dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Perkara yang paling best di lakukan tak kala di landa musibah..

Berdoa dan mengadulah padaNya. Berapa ramai dari kita, terfikir untuk mengadu pada Allah SWT apabila diri terkena musibah walaupun kita tahu Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Mengetahui.

Tidak semua orang suka mendengar masalah orang lain. Apatah lagi untuk mendengar dan peduli masalah yang kita hadapi. Silap haribulan orang akan kata, 

" Padan muka, dulu riak sangat. Bangga dengan kereta yang di beli hasil dari duit menang nombor ekor. Itulah balasan untuk orang macam kau..kahkahkah"

Dah ler diri di timpa musibah, kena gelak pula dengan kawan yang kononnya kita fikir, dialah calon yang sesuai untuk kongsi masalah kita.


8 ulasan:

  1. Kesimpulannya tak semua orang bole kita percaya untuk bersama susah biar pun hanya untuk meminjamkan telinga mereka bagi mendengar masalah kita..

    kena banyak muhasabah diri bila terjadi sesuatu musibah..kita sering terlupa pasti ada kesilapan lalu yang kita telah lakukan tanpa kita sedari..

    BalasPadam
  2. Kwn setuju tu kak,hanye Dia(Allah) saje yg dpt selesaikan segala masalah.....

    BalasPadam
  3. betul2.. bukan suma suka dgr masalah kita..

    Berdoa pada allah jalan terbaik..

    BalasPadam
  4. @ Elena, betul tu, lebih baik kita mengadu pada yang Esa terutamanya jika kesalahan kita melibatkan maruah dan harga diri. Orang sekarang ni lagi, lari besar masalah kita, lagi sedap mereka hendak publish..

    BalasPadam
  5. @ Azhan, begitulah sebaiknya. Tapi ada gak yang sanggup gi jumpa bomoh nak mengadu masalah. Stop it, risau jadi benda lain pula nanti.

    BalasPadam
  6. @ Ayen, walau sebesar mana sekali pun masalah kita tu..insyaallah ada jalanNya.

    BalasPadam
  7. @ Akid, cerita pada kwn2 ni adakalanya menambah masalah sahaja lagi. Sebab kita cerita kat dia, dia g cerita pada orang lain. Memang dasar tak boleh simpan cerita.

    Mengadu pada Allahswt, hati akan tenang dan isyaallah di berikan jalan keluar dari masalah tersebut.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!