Merah dan hijau warna epal..

Entah untuk kali keberapa dalam dunia blog ni, background blog ini berubah warna. Dan hari ini berubah lagi. Kenapa yer? Sebab saya seorang yang mudah bosan. Erk!! Pendedahan berani mati ni.. hehe. Tapi bosan saya bukanlah merangkumi seluruh aspek kehidupan saya. Kalau cam tu ler peribadi saya, saya pun tak suka sebab konfem akan ada yang label saya seorang yang tidak tetap pendirian dan mana tahu lagi teruk kena label seorang yang play girl. Huhu..


Setakat tukar background blog tidak memberi kesan besar dalam kehidupan kita kan. Alah ramai juga blogger otai yang tukar imej blog. Contohnya Ben. Cantik imej terbaru Ben. Tak caya klik sini. Malas nak klik, saya letak imej terbaru ben untuk anda tatap sampai pengsan. Haha.. Ben yang saya ikuti perkembangannya, jarang nak ambil kesah sangat tentang imej blog kerana dia lebih utamakan entri dari nak buat imej blog yang special walaupun pada pendapat saya, he have to. 


Santai Bersama BEN ASHAARI

Okay stop cerita tentang imej blog ni. Saya tahu ada yang dah hangin sebab tajuk entri saya nak beritahu apa yang boleh ceriakan pagi kita tapi bila baca saya cerita isu lain pula. 


Nak tahu apa rahsianya, mulakan hari anda dengan solat sunat dua rakaat sebelum subuh. Di ikuti dengan solat subuh seperti biasa. Bila sampai office, ambil masa yang tak sampai 10 minit pun, buat solat sunat dhuha pula. Solat sunat dhuha ni, adalah solat untuk membuka pintu rezeki kita di pagi hari. 


Jam berapa nak mula solat dhuha ni? Em, jam 8.00 pagi keatas, korang dah boleh mula solat dhuha dah.


Solat boleh mencergaskan minda kita. Rahsia kecergasan minda terletak pada sujud yang kita lakukan. Rupanya banyak rahsia dan kebaikkan yang telah Allah swt sediakan untuk kita semua. Cuma, terpulang pada kita untuk terus istiqamah dengan perintahNya.  



5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. info yg bagus..
    mmg benar, bila bersujud hati pun rasa lapang..

    BalasPadam
  2. Terima Kasih Greenapple kerana ingatkan saya utk solat dhuha hari ni..

    BalasPadam
  3. lebih tepat 28 minit sesudah syuruk. waktu habis dhuha 28 sebelum zuhor...

    BalasPadam
  4. Kepada yang sudi komen, terima kasih yg tidak terhingga buat kalian semua. Ke'busy' yang melanda adalah rutin kebiasaan ku setiapkali tiba awal bulan. Will keep in touch with all.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama